Showing posts with label harimau selatan. Show all posts
Showing posts with label harimau selatan. Show all posts

Saturday, June 29, 2013

Kelantan 2 Johor 0

    Aikk!Ada pulak yang marah ni karang!Memang betul pun keputusan tu; Kelantan 2 Johor 0.Piala apa?Piala FA lah.Menangis harimau selatan.Iyelah...Kita orang nak menang, tapi????????? ......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........................................................................ Astaghfirullah .... Aku mimpi da!!!!Taklah minat sangat bola ni.Cuma time JDT lawan je aku tengok.Tu pun sebab suka nak tengok perut boroi si Nunez.Hahahaha!!!!Jangan risau JDT!!!LUASKAN KUASAMU!!!!!!AUMMMMMMM!!!!!!!!!!!

Gambar Google

Eh!Salah pulak.
Maaflah ye Tok Rimau!


Gambar Google

Ni baru HARIMAU SELATAN
AUMMMMMMMMMMMM!!!!!!!

Jangan lupa malam ini,
JDT LAWAN KELANTAN.

Menang atau kalah, tak kisah
yang penting tak mo gaduh-gaduh.




Yang ini harimau muda!
hehehe!

Monday, June 3, 2013

Serangan aku lebih hebat dari JDT.

   Excited beno awal-awal gi cari labu sebiji.Teringin nak makan pengat labu.Niat asal cuma nak beli labu je tapi biasalah, bila dah nampak itu, ini, selera bertambah.Plan pun berubah.Maka masuklah jambu batu dan asamnya dalam list beli barang aku.Kemuadian dengan segera ke rumah mak untuk memasak.Sambil memasak pengat labu, sambil mengupas jambu batu.

   Hiris jambu batu nipis-nipis kemudian letak dalam air batu.Aduhai lazatnya sampaikan tak sedar dah berhiris-hiris aku makan cicah serbuk asam yang aduhai, sungguh buat aku kecur air liur.Sampai aku terlupa yang aku bukannya boleh makan lebih-lebih kalau tak nak jatuh sakit.Tapi biasalah bila dah berkumpul ramai-ramai time cuti sekolah ni, makan apa pun rasa sedap je.

   Tepat jam 8.30 malam, perut dah bagi signal.Adui!Kata aku.Tapi jarak serangan dalam 1/2 jam sekali.Aku boleh tahan.Sempat tengok bola JDT vc Pahang.(Yeah!JDT menang!)Sempat juga aku bersorak bila Andrezinho jaringkan gol.Tapi bila tamat saja perlawanan, serangan di perut aku makin bertubi-tubi.Sakitnya aduhai!Aku cuba pejamkan mata tapi serangan terlampau hebat hinggakan aku rasa nak pitam.Muntah habis semua jamu dan pengat labu keluar!Uwekkk!!!Aku dah mula lembik.Berdiri pun dah tak boleh.

   Tepat jam 2 pagi, aku terpaksa naik kerusi roda ke bilik rawatan di Klinik Penawar.Dapat 2  jarum.Sakit perut masih tak kurang ditambah dengan sakit punggung kena cucuk.Aduhai.Sampai rumah, aku telan ubat dan terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz tak sedar sampai subuh.Sedar-sedar, serangan masih ada tapi tak berapa kuat.Aku boleh tahan.Kata doktor, ada luka dalam usus.Tu yang sakit bila makan terlebih tu.Nampak gayanya aku kena teruskan diet aku untuk makan sekadar cukup je.Selepas serangan serupa pada 26 Disember tahun lalu, aku cuma makan segenggam dua je.Walau pun perut lapar, tapi aku fikir positif sebab selain dari dapat elakkan serangan seterusnya, aku berjaya maintain berat badan ideal.Barulah nampak muda sikit.Hahahaha!

   Pagi ni, entah kenapa, bangun tidur je aku terus buat vanilla cup cake .Mamai ke?Tapi, dapatlah aku makan cup cake pagi-pagi buta ganti nasi lemak untuk sarapan pagi.Badan masih lemah tapi sambil makan cup cake, aku update blog aku ni dan menanda kertas periksa yang masih setimbun lagi ni.( Huawaaa!!!Rasa nak resign je) Ada sesiapa nak tolong?


Siap 6 biji cup cake.
Sebiji dah masuk perut aku.




5 biji lagi untuk anak buah aku yang masih lagi belum sihat.
Mudah-mudahan, Bad cepat sembuh ye.