Showing posts with label johor darul takzim. Show all posts
Showing posts with label johor darul takzim. Show all posts

Friday, February 7, 2014

Yeah!!!! Johor 1 Pahang pun 1

   Game tak abis lagi.Tapi, oklah.Dah sama-sama satu gol.Nama pun bola sepak.Takkan masuk padang je nak terus menang.Betul tak?Kalau zaman sekolah dulu main bola untuk tambah kawan, takkan zaman dah tua ni main bola nak tambah lawan.Tak bestlah.Kalau Pahang menang, aku ok je.Tak kutuk-kutuk.Tapi kalau JDT menang, mestilah aku YEAHHHHHHH panjang.Kan aku orang Johor.Noemal lah tu kan? Apa pun, kita orang Malaysia kan? 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Aku sayang JOHOR DARUL TAKZIM.
( Dan AMY SEARCH juga! Phewitt!)

Keputusan setakat separuh masa pertama : 1 SAMA.

Saturday, January 18, 2014

Johor Darul Takzim vs Perak

   Lama tak menonton JDT berjuang di padang.Malam ni, ramai-ramai menonton JDT di rumah emak dengan abang ipar, anak-anak saudara dan kucing ayah si Belang.Bila JDT main je, memang semangat nak menonton.Ops!Ops! Yeah! 2 kosong!Si Belang terkejut, terus lari.Hahaha!Minit ke 89, JDT 2 Perak 0.Alhamdulillah......

Baihakki Khaizan playing against Home United, Jan 2014.jpg

Ni Baihakki bin Khaizan, pemain baru JDT.

Sunday, June 30, 2013

Filem, JDT dan TRW

   Belum sempat baca suratkhabar lagi pagi ni.Dok layan Footloose di HBO sampai masa aku pun loose.Kejap lagilah baca suratkhabar.Cakap pasal filem, aku teringat baru-baru ni aku 'beli' Oh Mak Kau di ASTRO First.Alah.... Hampeh...Tak sedap langsung!Bukan pelakon yang tak best tapi aku rasa cerita tu sendiri tak best.Kalau Karoot Komedia yang spontan tu Shuib dan Jep Sepahtu boleh berlakon baik punya, takkanlah kalau skrip dan pengarah OMK tu bagus, dia orang tu tak boleh berlakon yang bagi kasi pecah perut punya?Kan?Apa tah lagi dengan adanya pelakon hebat macam Wan Maimunah.Selalunya aku tengok Wan Maimunah berlakon cukup hebat.Tapi dalam OMK, aku nak tengok sampai habis pun rasa kena paksa.Akhirnya, Jep Sepahtu yang tengok aku. zzzzzzz.Boring!

   Kemudian pada hari yang sama, aku teringin pulak nak 'sewa' filem Cina ( Taiwan kot) di ASTRO Best.Tajuknya Get Together.Mula tu rasa separuh hati nak 'sewa'.Maklumlah duit tu, nak kena bayo, bukan percuma.Tapi entah kenapa kuat sangat tarikan promo gambar perempuan pegang pan tu.Tapi, amazing!Dari minit pertama, babak budak-budak kecik ( termasuk watak utama budak perempuan 7 tahun nama Liu Liang Liang) berlari sampailah minit terakhir filem tu, aku rasa cukup berbaloi bayo RM10 ( kenapa ASTRO First RM15 ek?) Cukup dengan kelako, drama, cinta, suspen, sedih, motivasi dan macam-macam lagilah.Digarap dengan sangat baik oleh penulis skrip.Diarah dengan cemerlang oleh pengarah.Dan tentunya dilakonkan dengan sangat superb oleh para pelakonnya. ( Opp!Jap!Jap!beli suratkhabar jap.Apek suratkhabar dah datang tu!) ........................................................................................................................................................................................................

   Ok.Sambung balik.In a nutshell ( Dalam kulit kacang. Hehehe) Aku bagi 9 markah bagi filem ni.Kemudian aku teringin juga tengok Oz, filem omputih.Ingat cerita macam biasa Wizard of Oz.Aku pernah tengok filem Wizard Of Oz lama punya yang Diana Ross dan Michael Jackson berlakon jadi aku ingat filem Oz tu lebih kurang sama je.Tapi bila aku menonton Oz di ASTRO Best tu, fullamak..... memang best pun.Pertama aku rasa mesmerised by the very beautiful picture, setting yang digunakan.Maklumlah, aku memang minat ala-ala fairytale ni.Tambah pulak menonton dengan HD jadi rasa puas sangat.Lakonan oomputih macam biasalah, nampak hidup sangat.Pelakon-pelakon pun cantik lawa terutama watak Glinda.Sooooo beautiful.Jadi aku simpulkan, aku bagi 10 markah untuk filem ni.

   Berbalik pada filem tempatan, filem kita bukan tak bagus.Contohnya filem-filem hebat bermutu dari kaca mata aku seperti Magika ( suka sangat watak Nenek kebayan Ziana Zain yang jahat giler tu), filem Jogho ( yang ni dah lama dah.Kalau tak silap Normah Damanhuri ada berlakon) dan filem Bunohan ( lakonan hebat Faizal Hussein hero yang ramai kawan aku gilakan time sekolah dulu walau pun badan macam cicak kering) Maknanya filem kita bukan tak bagus cuma ada segelintir pembuat filem yang buat filem tak bagus.Ala.... Ibarat berniaga teh tarik.Orang meniaga, kita nak meniaga tapi orang meniaga teh pekat, sedap, lemak manis tapi kita meniaga teh tarik rasa longkang.Macam tu lah kot.

   Ok.Aku nak sambung baca suratkhabar pulak.Nak tengok berita pasal JDT dan TRW.Betul ke tak de gaduh-gaduh.Kalau takde, alhamdulillah..... Moga makin maju sukan untuk negara.Tahniah kepada TRW dan kepada JDT jangan sedih, tahun depan cuba lagi.Kepada TMJ, baik tuanku cari anak jati negeri Johor untuk main dan melatih.Barulah ada rasa sayangkan Johor.Kalau harap bayar mahal-mahal, beri itu ini tapi main hampeh, baik tak payah.Ampun tuanku!


Gambar Google

Sedutan dari OMK

Gambar Google

Poster Get Together


Gambar Google

Watak talking doll dalam Oz

Gambar Google

The Wizard of Oz, Diana Ross

Yang baju belang tu kalau tak silap Michael Jackson.

Saturday, June 29, 2013

Kelantan 2 Johor 0

    Aikk!Ada pulak yang marah ni karang!Memang betul pun keputusan tu; Kelantan 2 Johor 0.Piala apa?Piala FA lah.Menangis harimau selatan.Iyelah...Kita orang nak menang, tapi????????? ......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........................................................................ Astaghfirullah .... Aku mimpi da!!!!Taklah minat sangat bola ni.Cuma time JDT lawan je aku tengok.Tu pun sebab suka nak tengok perut boroi si Nunez.Hahahaha!!!!Jangan risau JDT!!!LUASKAN KUASAMU!!!!!!AUMMMMMMM!!!!!!!!!!!

Gambar Google

Eh!Salah pulak.
Maaflah ye Tok Rimau!


Gambar Google

Ni baru HARIMAU SELATAN
AUMMMMMMMMMMMM!!!!!!!

Jangan lupa malam ini,
JDT LAWAN KELANTAN.

Menang atau kalah, tak kisah
yang penting tak mo gaduh-gaduh.




Yang ini harimau muda!
hehehe!

Monday, June 3, 2013

Serangan aku lebih hebat dari JDT.

   Excited beno awal-awal gi cari labu sebiji.Teringin nak makan pengat labu.Niat asal cuma nak beli labu je tapi biasalah, bila dah nampak itu, ini, selera bertambah.Plan pun berubah.Maka masuklah jambu batu dan asamnya dalam list beli barang aku.Kemuadian dengan segera ke rumah mak untuk memasak.Sambil memasak pengat labu, sambil mengupas jambu batu.

   Hiris jambu batu nipis-nipis kemudian letak dalam air batu.Aduhai lazatnya sampaikan tak sedar dah berhiris-hiris aku makan cicah serbuk asam yang aduhai, sungguh buat aku kecur air liur.Sampai aku terlupa yang aku bukannya boleh makan lebih-lebih kalau tak nak jatuh sakit.Tapi biasalah bila dah berkumpul ramai-ramai time cuti sekolah ni, makan apa pun rasa sedap je.

   Tepat jam 8.30 malam, perut dah bagi signal.Adui!Kata aku.Tapi jarak serangan dalam 1/2 jam sekali.Aku boleh tahan.Sempat tengok bola JDT vc Pahang.(Yeah!JDT menang!)Sempat juga aku bersorak bila Andrezinho jaringkan gol.Tapi bila tamat saja perlawanan, serangan di perut aku makin bertubi-tubi.Sakitnya aduhai!Aku cuba pejamkan mata tapi serangan terlampau hebat hinggakan aku rasa nak pitam.Muntah habis semua jamu dan pengat labu keluar!Uwekkk!!!Aku dah mula lembik.Berdiri pun dah tak boleh.

   Tepat jam 2 pagi, aku terpaksa naik kerusi roda ke bilik rawatan di Klinik Penawar.Dapat 2  jarum.Sakit perut masih tak kurang ditambah dengan sakit punggung kena cucuk.Aduhai.Sampai rumah, aku telan ubat dan terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz tak sedar sampai subuh.Sedar-sedar, serangan masih ada tapi tak berapa kuat.Aku boleh tahan.Kata doktor, ada luka dalam usus.Tu yang sakit bila makan terlebih tu.Nampak gayanya aku kena teruskan diet aku untuk makan sekadar cukup je.Selepas serangan serupa pada 26 Disember tahun lalu, aku cuma makan segenggam dua je.Walau pun perut lapar, tapi aku fikir positif sebab selain dari dapat elakkan serangan seterusnya, aku berjaya maintain berat badan ideal.Barulah nampak muda sikit.Hahahaha!

   Pagi ni, entah kenapa, bangun tidur je aku terus buat vanilla cup cake .Mamai ke?Tapi, dapatlah aku makan cup cake pagi-pagi buta ganti nasi lemak untuk sarapan pagi.Badan masih lemah tapi sambil makan cup cake, aku update blog aku ni dan menanda kertas periksa yang masih setimbun lagi ni.( Huawaaa!!!Rasa nak resign je) Ada sesiapa nak tolong?


Siap 6 biji cup cake.
Sebiji dah masuk perut aku.




5 biji lagi untuk anak buah aku yang masih lagi belum sihat.
Mudah-mudahan, Bad cepat sembuh ye.


Saturday, March 30, 2013

Berdebarnya!

Berdebarnya....
Sedangkan,
takde pun bunyi kompang!

Berdebarnya.....
Pada hal tak de apa-apa exam pun!

Berdebarnya...
walau pun tak de kena present apa-apa!

Emmm...
Ummmm

Thank you Guiza!

Oooo...
Rupa-rupanya
kerana 
Johor Darul Takzim 
dah score 2 gol
tapi Terengganu baru 1.

YEAH!!!!!

Tuesday, December 4, 2012

Aummmmmmmm!!!!!!

Harimau Selatan sedia membaham!