Showing posts with label makanan eksotik. Show all posts
Showing posts with label makanan eksotik. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Cara sediakan ayam kampung.

   Ada orang geli nak makan ayam kampung.Tapi, kalau kena caranya, ayam kampung sedap tau.Ada yang kata tak tau macam mana nak bersihkan.Jadi, aku nak kongsi pengalaman sediakan ayam kampung.Yang penting ingin nak cuba dan tak malas + sedia terima cabaran.Aka-ala Fear Factor gitu.Jom belajar.



Pertama, kena tangkap ayam.


Kedua, kena sembelih ayam.



Ketiga, tunggu ayam hingga betul-betul mati.
Lepas tu, tebuk bahagian perut untuk keluarkan organ dalaman seperti hati, jantung, pedal dan usus.Jangan lupa buang temboloknya tau.



Keempat, didihkan air dan celur ayam supaya senang tanggal bulu-bulunya.
Kalau dekat dengan tempat proses ayam, tumpang buang bulu pun boleh.Balik, dah togel dah.Tapi tak de thrill lah.



Kelima, lepas celur beberapa minit, cabut bulu ayam tu sampai bersih.



Keenam, bakar sekejap atas api untuk hilangkan bulu-bulu yang halus tu.



Ketujuh, potong ikut suka.Sebelum dimasak, kalau nak empuk, rebuslah dulu.



Ha.... Ini organ dalaman iaitu usus ( ada berani?) dan hati.

Selamat mencuba.

Saturday, September 20, 2014

Resipi ulat goreng.Sedapnya ulat goreng.

    

   Nampak tak ulat atas tapak tangan tu?Aku suka sangat makan ulat tu.Terutama kalau digoreng.Rangup!Lebih sedap dari ulat mulung yang gemuk gebu tu agaknya.Yang bagusnya, ulat ni tak bergerak.tak makan ulat nangka yang tak reti duduk diam tu.Tak percaya?Meh aku ajar macam mana nak sediakan dan masak ulat ni.

   Caranya, mula-mula kena masak nasi.tak boleh guna rice cooker.Kena guna dapur kayu atau dapur gas.Mask nasi hingga masak tapi pastikan mesti ada kerak.Kalau tak de kerak, ulat ni tak muncul.Kemudian, senduk nasi masukkan dalam bekas untuk dimakan semasa tengah hari atau malam.Seterusnya, kokot kerak  nasi tu dan jemur di bawah terik matahari sampai betul-betul kering.Kalau tak kering, ulat tu tak garing dan keras.Patah gigi nak mengunyah.

   Next step, selepas dijemur beberapa hari hingga betul-betul kering, barulah boleh digoreng.Guna minyak banyak dan panaskan minyak betul-betul macam kita goreng keropok tu.Angkat segera tau jangan sampai hangus.Selamat mencuba.



Ha.... Inilah 'ulat' yang aku maksudkan.
Kerak nasi goreng.
Jangan marah ha....

Thursday, September 18, 2014

Makan benda pelik.

   Aku peminat organ dalaman terutama hati dan paru.Kalau tak kerana doktor nasihatkan jangan makan kerana kolesterol aku tinggi, hari-hari aku nak makan.jadi, bila ke pasar tani Pasir Gudang, aku ternampak 'benda' ni, aku pun belilah.Bila dah masak, try makan, ok juga rasanya tapi ada sikit bau yang membuatkan aku kurang suka.Agaknya masak pedas-pedas sedap kot?



Siapa tau, limpa ke nama 'benda' ni?

Saturday, August 24, 2013

Kerabu bronok

   Mula-mula tengok, aku rasa geli geleman.Aku memang geli dengan benda-benda sespesis dengan cacing dan ulat.Tapi kata orang, kerabu bronok ni sedap.Iye ke?Siapa pernah rasa?Ada tak sesedap KFC?Atau seenak burgerMcD?Teringin pulak nak try tapi, di Pasir Gudang ni mana nak cari bronok?

   Inilah rupa bronok yang aku dapat google.Rupanya hodoh tapi rasanya tentu lazat sebab tulah jadi makanan popular di Pulau Langkawi.Untuk maklumat lanjut, boleh tanya tuan gambar bronok ni.Maklumat yang tertulis, bronok ni akan cair kalau kena haba.Maknanya tak boleh dimasak @ kena makan mentah je.Heee!!!!Sanggup ke?Kena try ni.


   Inilah rupa kerabu bronok yang aku kenal di google.Sekali pandang, macam kerabu kerang.


Wednesday, February 13, 2013

Kg Tanjung Langsat yang istimewa....

   Sesiapa yang rasa nak cari ketenangan, silalah ke Kg Tanjung Langsat ni.Selain memancing di jeti, boleh juga menjamu selera di kedai-kedai makan di sekitar pantai.Selain tu, boleh juga mengenali pelbagai flora dan fauna yang jarang ditemui.Kalau bernasib baik, boleh nampak siput timba.Ada macam-macam jenis burung yang sentiasa berlagu riang.Nun di tengah laut, kelihatan kapal-kapal yang sedang berlabuh.Pendek kata, sesuailah untuk menenangkan fikiran.Lokasinya tak jauh iaitu berdekatan dengan pelabuhan Tg Langsat.Kalau nak naik bas, boleh ambil bas di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.


Jeti Kg Tg Langsat.



Pokok kayu ara

Cantikkan?

Nak makan belangkas pun boleh.