Showing posts with label andrew zimmern bizarre food. Show all posts
Showing posts with label andrew zimmern bizarre food. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Cara sediakan ayam kampung.

   Ada orang geli nak makan ayam kampung.Tapi, kalau kena caranya, ayam kampung sedap tau.Ada yang kata tak tau macam mana nak bersihkan.Jadi, aku nak kongsi pengalaman sediakan ayam kampung.Yang penting ingin nak cuba dan tak malas + sedia terima cabaran.Aka-ala Fear Factor gitu.Jom belajar.



Pertama, kena tangkap ayam.


Kedua, kena sembelih ayam.



Ketiga, tunggu ayam hingga betul-betul mati.
Lepas tu, tebuk bahagian perut untuk keluarkan organ dalaman seperti hati, jantung, pedal dan usus.Jangan lupa buang temboloknya tau.



Keempat, didihkan air dan celur ayam supaya senang tanggal bulu-bulunya.
Kalau dekat dengan tempat proses ayam, tumpang buang bulu pun boleh.Balik, dah togel dah.Tapi tak de thrill lah.



Kelima, lepas celur beberapa minit, cabut bulu ayam tu sampai bersih.



Keenam, bakar sekejap atas api untuk hilangkan bulu-bulu yang halus tu.



Ketujuh, potong ikut suka.Sebelum dimasak, kalau nak empuk, rebuslah dulu.



Ha.... Ini organ dalaman iaitu usus ( ada berani?) dan hati.

Selamat mencuba.

Saturday, September 20, 2014

Resipi ulat goreng.Sedapnya ulat goreng.

    

   Nampak tak ulat atas tapak tangan tu?Aku suka sangat makan ulat tu.Terutama kalau digoreng.Rangup!Lebih sedap dari ulat mulung yang gemuk gebu tu agaknya.Yang bagusnya, ulat ni tak bergerak.tak makan ulat nangka yang tak reti duduk diam tu.Tak percaya?Meh aku ajar macam mana nak sediakan dan masak ulat ni.

   Caranya, mula-mula kena masak nasi.tak boleh guna rice cooker.Kena guna dapur kayu atau dapur gas.Mask nasi hingga masak tapi pastikan mesti ada kerak.Kalau tak de kerak, ulat ni tak muncul.Kemudian, senduk nasi masukkan dalam bekas untuk dimakan semasa tengah hari atau malam.Seterusnya, kokot kerak  nasi tu dan jemur di bawah terik matahari sampai betul-betul kering.Kalau tak kering, ulat tu tak garing dan keras.Patah gigi nak mengunyah.

   Next step, selepas dijemur beberapa hari hingga betul-betul kering, barulah boleh digoreng.Guna minyak banyak dan panaskan minyak betul-betul macam kita goreng keropok tu.Angkat segera tau jangan sampai hangus.Selamat mencuba.



Ha.... Inilah 'ulat' yang aku maksudkan.
Kerak nasi goreng.
Jangan marah ha....

Thursday, September 18, 2014

Makan benda pelik.

   Aku peminat organ dalaman terutama hati dan paru.Kalau tak kerana doktor nasihatkan jangan makan kerana kolesterol aku tinggi, hari-hari aku nak makan.jadi, bila ke pasar tani Pasir Gudang, aku ternampak 'benda' ni, aku pun belilah.Bila dah masak, try makan, ok juga rasanya tapi ada sikit bau yang membuatkan aku kurang suka.Agaknya masak pedas-pedas sedap kot?



Siapa tau, limpa ke nama 'benda' ni?

Monday, February 10, 2014

Cara masak beliung.

   Beliung boleh dimakan?Ha... Jangan terkejut.Beliung banyak jenis beliung.Bukan setakat beliung yang dalam google tu atau puting beliung jeTapi ada sejenis lagi beliung yang boleh dimakan iaitu 'beliung jenis seafood'.Beliung ni akan-akan kupang tapi ia leper dan saiznya lebih besar.Kupang dikomersilkan tapi beliung ni cuma orang kampung je yang tau.Ok.Sebelum tu kita berkenalan dulu dengan beliung.


Yang ini beliung dari Cik Googe.Sejenis alat pertukangan kot.Aku pun tak pasti.


Yang ini pulak, puting beliung.Adik-beradik dengan tornado, kot.Aku pernah nampak semasa berdiri di pantai Kg Rhu Muda, Marang, Terengganu semasa aku tinggal di Terengganu dulu.Tapi, jaraknya jauh iaitu di laut.



   Ha...yang inilah baru bintang kita kali ini iaitu 'beliung sejenis seafood'.Ia dinamakan beliung sebab rupa shellnya macam beliung.Saiznya sebesar sekeping pizza .Cara nak tangkap, kenalah ke pantai yang berlumpur semasa air surut.Kedudukannya menegak di dalam lumpur.

   Cara nak masak, macam masak kupang tu cuma saiznya je yang besar.Rasanya, kalau bahagian 'otot' yang melekat tu memang sedap tapi bahagian lain tu tak berapalah sangat.Kalau boren atau tiram aku beri 5 bintang, beliung ni aku beri dua je.Kira bolehlah..... Ada sesiapa pernah cuba?

Sunday, October 20, 2013

Usus sakit makan usus.

   Tajuk ironi.Iye lah... Time usus aku sakit nilah aku makan usus.Dengan kata lain, aku makan @ jamah @ rasa usus lembu aka perut muda kata orang Terengganu.Rasanya?Mmm... Bolehlah tahan sedap.Kata Mak Su, usus tu usus lembu yang paling atas dalam sistem penghadaman lembu.Dicuci bersih, kemudian direbus dengan garam dan asam keping sampai empuk.Lepas tu bolehlah dimasak ikut suka.Kebetulan aku singgah sekejap je jadi Mak Su ajar, gunting perut muda @ usus tu kecik-kecik dan cicah dengan sos cili.Resipi lain, tak pasti pulak tapi rasanya bila google macam-macam resipi kita boleh jumpa.


   

   Bila tengok rupa, tak lalu nak makan.Macam ular pun ada.Tapi bila dah rasa, oklah juga.Very fatty bak kata ANDREW ZIMMERN BIZARRE FOOD. Tapi kena ingat, bila nak masak usus @ perut ni kena pastikan ia betul-betul masak.Kalau tidak, takutlah pulak ada bakteria salmonella yang biasa ada dalam usus haiwan tu.Karang masuk suratkhabar pulak masuk wad sebab makan usus @ perut muda.Bagi sesiapa yang ke Terengganu atau dengan lebih tepat ke Pekan Batu 6, di Kuala Terengganu, di depan kedai Buku Banggol tu ada sebuah gerai yang menjual sup perut muda.Rasanya?Mintak maaf cakap, mungkin usus tu tak dibasuh dengan bersih seperti yang disarankan oleh Mak Su aku.Sebab tu bila aku makan, rasa 'semacam' je.Dengan kata lain ' berbau semacam' dan warnanya agak kelabu.faham-faham jelah kan?Dan gerai tu rasanya kurang bersih.Berani nak cuba?

Saturday, March 30, 2013

Sedap belangkas,nampak!

   Siapa yang pernah ke Johor, tentu tau orang Johor suka makan belangkas.Begitu juga dengan family aku.Sebenarnya, aku dulu,pernah mabuk makan belangkas.Tapi, setelah bertahun-tahun, teringinlah pulak makan belangkas.Dan akhirnya, cuti raya cina baru-baru ni, aku makan belangkas lagi dengan family.Yang terkini, 27 Mac lepas.

   Macam biasa,yang sedap adalah telur belangkas.Tapi,kali ni aku tersilap kerana makan belangkassambil minum milo ais.Akibatnya, aku rasa lantai restoran tu tinggi rendah tinggi rendah je.Nasib baik aku tak termuntah.Hiii!!!Mabuk semacam.Tapi nasib baiklah tak seteruk mabuk makan belangkas masa aku kecik dulu.Alhamdulillah.....


  Tapi,aku tengok,family aku sedap je makan.Akhirnya,habis 3 pinggan belangkas dengan telurnya yang sangat mewah.Rasa-rasanya, ANDREW ZIMMERN, si botak BIZARRE FOOD tu, boleh makan tak belangkas?

Peminat setia belangkas

Thursday, September 27, 2012

Khamis yang spontan

Memang aku suka tengok Andrew Zimmern atau Anthony Bourdain makan ba alif ba ya.
Tapi
itu tak bermakna aku pun makan ba alif ba ya!
Tengok pun tak boleh ke?