Showing posts with label pelik tapi sedap. Show all posts
Showing posts with label pelik tapi sedap. Show all posts

Tuesday, February 11, 2014

Ikan belokot?


   First time dengar nama ikan belokot.Pelik sangat bunyinya.Ingatkan ikan spesis baru yang tak pernah aku jumpa.Rupa-rupanya ikan belokot juga disebut ikan tekok.Orang kampung macam aku mesti tau apa itu ikan tekok.Ikan ni pun salah satu kenangan aku dari zaman silam.Zaman menjala dan berkarang.Zaman aku bermain selut lumpur di kampung sebelah.

   Cara nak sediakan ikan ni senang je.Guntingkan bahagian tepi ikan tu. Kemudian siatkan kulitnya.Maka jadilah ikan tu putih melepak  tinggal 2 biji mata yang terjojol tu.Langkah seterusnya belahlah perut ikan tu dan buangkan isi perutnya.Jangan lupa buang insang dan kalau nak, guntingkan sikit bibirnya.Kalau tak nak pun tak pe.Cuci bersih-bersih.

   Ikan ni sedap sangat kalau digoreng kunyit atau dibuat sup.Masak stim dan singgang pun sedap tapi tak boleh masak lama-lama sangat.Kalau terlampau masak, hilanglah pulak rasa manisnya.Ikan dalam gambar di bawah tu, ditangkap semasa aku adik beradik pergi berkarang semasa cuti tahun baru cina hari tu.Dapatlah kenalkan pada anak-anak.Takut-takut nanti ikan belacak disangka ikan belokot.Ikan belacak atau ikan tembakul rasanya 2 alam.Tak pastilah halal ke tak.Ikan belokot hidup di laut.Cuma terperangkap di air selut semasa air surut.




Rupa macam alien tapi rasa ummph heaven!


Rupa ikan belacak atau ikan tembakul Cik Google punya.

Monday, February 10, 2014

Cara masak beliung.

   Beliung boleh dimakan?Ha... Jangan terkejut.Beliung banyak jenis beliung.Bukan setakat beliung yang dalam google tu atau puting beliung jeTapi ada sejenis lagi beliung yang boleh dimakan iaitu 'beliung jenis seafood'.Beliung ni akan-akan kupang tapi ia leper dan saiznya lebih besar.Kupang dikomersilkan tapi beliung ni cuma orang kampung je yang tau.Ok.Sebelum tu kita berkenalan dulu dengan beliung.


Yang ini beliung dari Cik Googe.Sejenis alat pertukangan kot.Aku pun tak pasti.


Yang ini pulak, puting beliung.Adik-beradik dengan tornado, kot.Aku pernah nampak semasa berdiri di pantai Kg Rhu Muda, Marang, Terengganu semasa aku tinggal di Terengganu dulu.Tapi, jaraknya jauh iaitu di laut.



   Ha...yang inilah baru bintang kita kali ini iaitu 'beliung sejenis seafood'.Ia dinamakan beliung sebab rupa shellnya macam beliung.Saiznya sebesar sekeping pizza .Cara nak tangkap, kenalah ke pantai yang berlumpur semasa air surut.Kedudukannya menegak di dalam lumpur.

   Cara nak masak, macam masak kupang tu cuma saiznya je yang besar.Rasanya, kalau bahagian 'otot' yang melekat tu memang sedap tapi bahagian lain tu tak berapalah sangat.Kalau boren atau tiram aku beri 5 bintang, beliung ni aku beri dua je.Kira bolehlah..... Ada sesiapa pernah cuba?