Showing posts with label resipi tomyam putih. Show all posts
Showing posts with label resipi tomyam putih. Show all posts

Saturday, March 30, 2013

Dinner lauk pisang goreng lada.

  Buat pertama kalinya aku dinner makan pisang.Harga sekilo murah je iaitu RM9 berbanding jenis-jenis lain jejak puluh-puluh ringgit.Hajat asal nak masak singgang, tapi kerana dah masak sup cendawan ala-ala tomyam bubuh udang dan sotong, pisang tu aku goreng je.Goreng style orang Terengganu macam masa aku tinggal di Terengganu dulu iaitu guna lada boh, garam dan ajino.Kemudian, goreng sampai garing dalam minyak banyak yang cukup panas.

  Lepas tu, apa lagi?Makanlah... Alah mak!Habislah diet aku.Baru turun 5 kilo.Tapi sebelum aku goreng pisang tu, aku sempatlah ambil gambar.Maklumlah, selain semangat untuk blogging, tujuan aku adalah sebagai rekod.Sebenarnya inilah kali pertama aku jumpa pisang ni.Kalau jenis susu, belanak, tamuk, siakap,kembung dan lain-lain tu, aku tahulah.Jadi, inilah gambar pisang yang aku maksudkan.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Eh!Eh!Salah pulak.
Ni gambar cendawan sebelumjadi mangsa mati lemas dalam sup.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ha...Inilah dia pisang yang aku maksudkan.
Bukan pisang yang boleh buat cekodok tu,
tapi ikan pisang.
Telur dia sedap, kau!

    Agaknya orang lain dah biasa tengok ikan pisang ni,tapi aku tak pernah.Tu yang excited nak share tu.

Jemput makan semua!

Wednesday, October 24, 2012

Resipi Tomyam kuah putih

   Lepas seminggu asyik makan bubur je, teringin pulak rasanya nak makan tomyam kuah putih.Beli kat kedai tak sedap + mahal.Jadi, baik le aku masak sendiri.Nak join masak?Jom!

Bahan-bahannya senang je....


   Sediakan limau nipis, bawang putih,daun limau purut,serai, bawang besar dan tomato.Bawang besar tu dipotong macam biasa.Ketuk-ketukkan bawang putih dan serai.Daun limau purut disiat-siat dan tomato dipotong baji.Limau nipis tu golek-golekkan bagi lembut kulit dia supaya bila dibelah dua dan diperah, banyak sikit jus yang keluar.Petua ni!


Opps!Udang jangan lupa!Udang ni kata budak kat kedai tu, udang harimau.
Ye ke tak entah.Asalkan udang, kira ok le tu.
Udang ni wajib kena gunting misai dia bagi handsome.

   Bahan-bahan lain macam biasalah, air, garam dan ajino.Dan sedikit gula.Sedikit je tau kalau tak dah jadi pengat pulak!Cara membuatnya, panaskan sesudu minyak masak dan bila cukup panas, tumiskan bawang putih.Tak payah tunggu garing sangat.Bila dah wangi sikit je, campakkan le serai dan bawang merah.Campakkan juga udang dan tomato.Kemudian masukkan jus limau nipis dan daun limau purut.Jangan lupa letak sikit garam, ajino dan gula.Biar mendidih sekejap je dan bolehlah diangkat.Bagi aku yang tak berapa reti memasak ni, kalau masak seafood, jangan terlampau masak sangat sebab 'manisnya' dah hilang.Resipi ni mudah je kan dan sihat sebab tak guna banyak sangat minyak.Kalau suka letak le cili kecik bagi pedas.Aku tak suka cili jadi tomyam ni langsung tak pedas.Selain udang, boleh juga diganti dengan sotong atau lain-lain seafood.Selamat mencuba!


Petua nak bagi sedap, 
mesti hidang dalam bekas cantik.
Slurrrpp!!!!
Hirup kuah dulu!