Suka tak menonton cerita Ahmad Albob Yang Punya?Semalam aku tertonton pula cerita ni.Ceritanya oklah tapi aku rasa pengarahnya patut lebih peka.Banyak yang rasanya aku perlu tegur.Antaranya adalaha...
1. Aku menyampah betul tengok watak-watak anak dara yang konon belajar di kolej tu.Seksi tak bertempat!Apalah salahnya minta dia orang tu pakai sopan sikit.Ini tidak, kalau boleh telanjang, dah lama dia orang tu telanjang!Buat tambah dosa je.
2. Aku rasa pengarah tu patut tegur watak-watak Eda dan Ijah tu.Dressing mak ai tapi kata orang miskin.Dengan rambut dah bertukar warna dan pakaian yang alamak... macam pegang watak GRO.Orang miskin macam tu ke? ( atau orang Islam macam tu ke?)
3. Mesti ada watak budak bendul.Dah tu dressingnya sama je.Dengan cermin mata besar ala-ala Yo Soy Betty La Fea.Ingat orang bendul tak tau bergaya ke?At least berilah pakai baju kurung biasa je kan boleh?Cermin mata je bendul tapi pakaian tak kalah seksi dengan watak lain.
4. Watak pensyarah tu pun macam biasa aku lihat di mana-mana.Dengan tahi lalat terjojol, sanggul besar dan bunga-bunga besar.Buatlah cara lain kalau nak buat lawak pun!
5. Watak jin aka Jun Jun Atun tu pula kalau pakai pelik-pelik tak pe sebab watak jin.Tapi janganlah pakai seksi jin oiii!!!Badan saiz XXL tetap cantik kalau tahu batas berpakaian.Jangan disebabkan ingin berdiri sama tinggi dengan orang yang saiz S, sanggup kau langgar batas-batas agama.Nasib baik tak nampak Cik Panty macam dalam cerita Dottie dulu.
Kesimpulan :
Aku risau kerana budaya berpakaian seperti telanjang di kalangan umat Islam makin menjadi-jadi.Seolah-olah telah menjadi suatu yang biasa dan dianggap tak apa oleh semua.Nak bergaya tu boleh, tapi ada batasnya.Dahlah yang bertudung pun pakai tudung asal pakai je...
Bayangkan kalau kucing Cik Google yang cantik ni telanjang tanpa bulu, cantikke?
(Huaa!!!Aku rindu Putih.... )
Contoh budak bendul
Edah dan Ijah.
(Amboi!!!Miskinnya!!)
Baju ni kira ok sikit.Taklah terlampau seksi.
Anak jin pun nak seksi...
Macam ni kan lagi cantik!
