Friday, July 1, 2011

Janganlah ke sawah lagi...Aku takut pacat!

   Entry kali ni adalah sambungan kisah aku ke sawah di sekolah.Dek kerana hujan dari pagi hingga tengah hari, raptai sukan langsung tak dapat dijalankan .Kesian anak-anak murid aku yang dah bersedia bagai nak rak dengan kompang, panji-panji, bendera dan macam-macam lagi.Anak-anak band aku pulak pagi-pagi dah sampai ke sekolah dari band room di stadium dengan instrumen masing-masing.Kalau alat cinonet tu tak pe jugak kalau dah besar gedabak berat berkilo-kilo, mau sengal bahu anak-anak murid aku.Kesian dia orang....Tapi sempat jugak main beberapa buah lagu.Sampai melopong mulut anak-anak murid lelaki yang nakal-nakal (Nakal sikit je sebab budak PG1 ni baik-baik belaka.Serious!Tak tipu ni.Sebab tu aku sayang kat dia orang)   Esok, Sabtu, 2 Julai akan berlangsunglah Temasya Sukan SMKPG dan Larian 1 murid 1 sukan.Mudah-mudahan, segalanya berjalan dnegan lancar.


Inilah alat gedabak yang aku maksudkan tu.Tengok anak-anak aku tu.Hebatkan?


Inilah salah satu alat cinonet yang aku maksudkan.



Nampak?Ni baru kat tepi bangunan.Belum kat padang lagi.




Blog review ke 3 :Bukan blog Digi tau!


   Dah lama sebenarnya aku teringin nak review blog special ni.Entah kenapa pertama kali aku singgah, aku terus jatuh hati.Jatuh hati pada itik kuning comelnya, jatuh hati pada gaya bahasa santai dan kadang-kadang kelakar dalam setiap entrynya, jatuh hati pada macam-macamlah.Aku rasa blog ini mempunyai sesuatu yang tak dimiliki atau susah dimiliki oleh blog-blog lain iaitu identiti tersendiri.Kadang-kadang bila aku masuk satu-satu blog tu aku rasa macam sama je, tak de identiti.Tapi blog ni unik.Tak pernah aku jumpa yang sepertinya.


   BLoG ItiK KuNinG

   Tengok tu header blog ni.Comelnyaaaaaaaa!!!!!Suka sangat!rasa macam nak peluk-peluk itik tu.Tuan blog ni namanya Nadhirah.Setakat aku menulis ni, telah terdaftar 1003 ekor anak itik yang setia mengikut Nad.Termasuklah aku.Nad ni berbintang Libra.

About Me( Ni Nad kata tau!)

saya budak baik.. suke perasan cumel.. nakal sikit jer... suke tiru gaya gedik orang buat... banyak cakap.. tapi kadang2 pemalu... heheheeh...
   Untuk maklumat lebih lanjut,cepat-cepatlah singgah ke Blog Itik Kuning.Tapi kalau nak kenal si cantik manis Nadirah, pemilik blog Itik Kuning ni, sila scroll down...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
My Photo
Inilah Cik Nadirah pemilik blog itik Kuning.
(Sorry ek!Nad tu pemalu sebab tu dia wakilkan Cik Itik )
Nota kaki untuk Nad
Nad janganlah berhenti blogging ek.Kerjalah dengan Celcom ke apa ke tapi janganlah berhenti blogging ek.