Friday, July 1, 2011

Janganlah ke sawah lagi...Aku takut pacat!

   Entry kali ni adalah sambungan kisah aku ke sawah di sekolah.Dek kerana hujan dari pagi hingga tengah hari, raptai sukan langsung tak dapat dijalankan .Kesian anak-anak murid aku yang dah bersedia bagai nak rak dengan kompang, panji-panji, bendera dan macam-macam lagi.Anak-anak band aku pulak pagi-pagi dah sampai ke sekolah dari band room di stadium dengan instrumen masing-masing.Kalau alat cinonet tu tak pe jugak kalau dah besar gedabak berat berkilo-kilo, mau sengal bahu anak-anak murid aku.Kesian dia orang....Tapi sempat jugak main beberapa buah lagu.Sampai melopong mulut anak-anak murid lelaki yang nakal-nakal (Nakal sikit je sebab budak PG1 ni baik-baik belaka.Serious!Tak tipu ni.Sebab tu aku sayang kat dia orang)   Esok, Sabtu, 2 Julai akan berlangsunglah Temasya Sukan SMKPG dan Larian 1 murid 1 sukan.Mudah-mudahan, segalanya berjalan dnegan lancar.


Inilah alat gedabak yang aku maksudkan tu.Tengok anak-anak aku tu.Hebatkan?


Inilah salah satu alat cinonet yang aku maksudkan.



Nampak?Ni baru kat tepi bangunan.Belum kat padang lagi.




1 comments:

Firdaus Life said...

dah macam kolam renang tu. banyak sangat air

Post a Comment