Thursday, July 7, 2011

KFC dan GCB langsung tak sedap!

   Tiba-tiba time tengah hari ni, teringat pulak makanan-makanan yang pernah menjadi kesukaanku semasa tinggal di Terengganu.Sekarang aku di Johor jadi dapat berangan jelah nak rasa makanan-makanan tu.



Jangan marah aku ye sebab aku suka sangat makan telur penyu.Tapi sekarang walau pun aku masih suka, aku dah tak makan telur penyu sebab aku tak mahu penyu pupus dek orang-orang macam aku.



Hua!!!Teringin nak makan etak.Kat Pasir Gudang ni mana ada?



Yang ni pun tak de kat Pasir Gudang


Nekbat yang manis lemak berkrim mana nak cari kat sini?


Pucuk gajus cicah budu...


Buah berangan yang lemak manis...
Buah berangan Cina memang ada sesekali nampak di Pasir Gudang tapi mana sama dengan berangan kampung.

Dan yang paling aku inginkan adalah...

... rojak kateh


Semua tu mana ada di Pasir Gudang?

p.s:Tiba-tiba aku rasa ayam KFC atau GCB Mc Donald langsung tak sedap!



2 comments:

Firdaus Life said...

hahaha tidakkk.. freaky lg suka kfc dan gcb

uncle gedek said...

telor penyu & etak is my fav...!

juga menggunakan alasan yg sama kenapa sekarang tak makan telor penyu...!

Post a Comment