Friday, July 8, 2011

Aku marah ni!

   Blog aku ni tak pernah cerita pasal politik.Tapi hari ni aku nak cerita pasal politik.Sebenarnya aku pelik + risau dengan senario sekarang.Semuaaaa orang mengaku diri dia betul.Orang lain semua salah.Dah tu dulu-dulu mana ada orang nak demo ke apa ke. Demo Tupperware adalah. Tapi sekarang kejap orang tu nak buat demo kat jalan raya.Kejap group ni pulak nak buat demo entah kat mana-mana.Entah apa entah yang tak kena dan tak cukup.

   Aku tengok budak Acheh yang jadi pembantu kedai tapi lagak macam tokeh kedai.Menyampah! tak kisah pun.Lantak le Melayu nak berdemo.Hari-hari aku tengok dia bukak kedai 24 jam.Kedai dia pulak tu makin maju.Macam ada letak apa-apa je. Tapi orang kita, hari-hari nak panas pasal politik.Cari rezeki untuk anak bini malas!Asyik nak ngeteh sambil berlagak pandai je di kedai kopi.

   Satu lagi spesies Melayu yang aku tengok, datang negeri orang negeri aku le tu konon niat nak cari rezeki tapi hampeh dok menghasut orang jadi kacang lupakan kulit.Dah tu kutuk-kutuk YB kat tempat aku.Panas je telinga aku dengar.Sedangkan kampung aku ni banyak jasa YB tu.Belum sebut lagi jasa yang dihulur atas nama saudara, yang memang sah takde dalam paper.

   Bukan main seronok menghasut aku sokong bulan pecah tu.Tak sedar ke aku ni cikgu?Biarlah cikgu lain menyokong bulan nak rebah tu tapi aku tetap setia pada 'Saya yang menurut perintah'.Aku bukan kacang lupakan kulit.Aku bukan Melayu yang mudah lupa.Yang aku menyampah rasa nak termuntah hijau bila orang yang sama yang kata kerajaan macam-macam dengan muka tak malunya datang merayu-rayu kat sekolah mintak bantuan untuk anak.Cis!Aku rasa macam nak pulangkan paku buah keras je.

   Hissh!Banyak lagi aku nak membebel pasal politik ni tapi kang orang malas pulak nak baca.Dahlah ranking aku dari 1214 dah menjunam ke 1539!Jadi cukuplah setakat ni aku membebel.Cuma aku nak pesan pada sesiapa yang terfikir nak menghasut aku supaya berpaling tadah, lupakan sajalah niat tu kerana aku takkan pernah jadi kacang lupakan kulit.


Sebelum tu aku nak ingatkan ye!
YB Dato' Abd Halim Haji Suleiman ni bapak saudara aku jadi jangan berani-berani kau kutuk dia!

YB Dato' Maulizan Bujang ni pun bapak saudara aku sebab isteri dia mak saudara aku jadi YB ni pun jangan ikut sedap mulut kau je nak kutuk-kutuk!

p.s:Dek kerana geram aku terlepas cakap,'Kalau sibuk sangat nak sokong bulan pecah tu, pergi balik negeri engkau.Buat apa nak menyibuk kat negeri aku!

9 comments:

Anonymous said...

As Salam,

waa~cikgu..sabar,cikgu..
sbnrnya dorg yg berlagak bagus nk buat demo la..apa la tuh tak belajar dan tak faham sejarah dulu2..
dorg fikir dorg tu pejuang sebenar tanah air ni..dorg fikir pihak lawan semua salah,pihak dia jer yg betul..ntah la..yg sibuk nak berdemo..MELAYU jugak..

ct N honey said...

bestnya jadi anak saudara orang besar2.tapi orang yg membuat demo tu mmg patut dibuang negara aje,tak kenang jasa.

Encik MamaT said...

rileks.. kata demokrasi.. semua berhak mengeluarkan suara... :) think positif.. ambil yang baik.. buang yang buruk...

Edy Ramanov said...

sabar ya cik scarlet ohara. itulah sikap manusia yang kadang2 kita pun dapat tempias gak kan.

ctpayong said...

yang kita takmo, bangsa kita menang sorak tapi kampong tergadai. kaum lain tergelak, gelakkan kaum kita pokai. tengok peneroka senang cemburu, tapi cubalah tanya macamana mula2 jadi peneroka dulu.

bicara mak dara said...

Saya sokong sgt2.. kalau dah benci sgt dgn kerajaan.. jangan masukkan anak ke sekolah kerajaan.. jangan berubat di hospital kerajaan.. gerammm betul kan..

Anonymous said...

Kau diam, Siapa kesah kata kau, BN tu dah lama berkuasa dan asyik menindas rakyat. Buka mata sikit cik oi. Yang buat demo ni secara aman. ok? Aman. A m a n. Jadi kau diam and just enjoy the show. Lagi satu, tak fikir nak tukar password emel ke? ;)

Uji Hussein said...

Laaa... kat blog mmglah diam mana ada suara.lagi pun apa nak gaduh2.Thankslah masuk sini.Tapi mmg saya tak suka politik!BN pun bukan betul sangat tapi takdelah saya rasa tertindas.Biasa je.Kalau pilihanraya BN kalah, kalahlah.Apa nak katakan?Itulah untungnya tinggal di Malaysia sebab rakyat bebas bersuara tapi kenalkanlah diri.Tak baik marah-marah tau!Kalau terasa hati bab gambar anon tu sorry le tapi itulah yang keluar masa Google tu.Peace!

cho_zila said...

kadang2 orang cam kitani diamjerkan.. bila baca blog dan email sumpah seranahtu memang rasa geram sakit hati... tapi sekali kita luahkan hanya pendapat kita orang suruh diam... saya juga dulu kini dan selamanya hanya tahu saya bangga dibumi bertuah ini dan sebenarnya pilihanraya yang ada kini sudah BERSIH seperti dipinta...

Post a Comment