Saturday, July 30, 2011

Segmen Rancanganku di hujung minggu menjelang Ramadhan bersama Lulu


1.Letak header dan link (Eh!Macam Ben jugak ye Lulu!) Done
2.Buat entry seperti tajuk di atas
3.Kongsi rancangan apa nak buat hujung minggu ni menjelang Ramadhan

   Sebenarnya aku sedih nak cerita.Orang lain hujung minggu mejelang Ramadhan ni, sibuk beli barang-barang dapur standby untuk buat kuih berbuka atau beli bahan-bahan untuk buat sahur.Tapi aku?Hujung minggu nilah waktu aku nak siapkan segala mak nenek kerja sekolah dan juga kerja rumah yang berlambak-lambak.Hujung minggu ni 3 hari termasuk isnin, cuti awal puasa.Plan aku adalah menyemak buku anak-anak murid aku (dapat kumpul 3 kelas dulu.Satu kelas 30 orang darab 4 buah buku = 120 buku)Nampak sikit je tapi menyemak esei bukan boleh cincai. Dah tu aku plan nak siapkan fail-fail yang belum siap.Minit mesyuarat pun kena buat.Kena plan Study Lesson pulak!(Padan muka aku sebab volunteer nak buat Lesson Study)Plan lain, aku nak siapkan baju raya yang belum siap........ Sedihnya sebab aku terpaksa bagikan masa semua tu dengan blogging.Ingat nak blogging puas-puas... Itu je lah aku nak kongsi.



1 comments:

Acik said...

manage masa dengan bijak. gerenti boleh blogging puas2 ...

Post a Comment