Entah kenapa, ramai benar yang aku lihat seronok melihat hancurnya kebahagiaan seseorang.Begitu juga dengan berita putusnya pertunangan harimau Malaya sejati Khairul Fahmi Che Mat dan bekas tunangannya yang cantik jelita, Cik Aimi Harmelia Jejari Runcing.Tak baik betul mengucapkan alhamdulillah atas kekecewaan orang lain.Dahlah esok nak puasa.Kalau tak suka sekali pun pada tunang Apek tu, janganlah sampai menghukum dia dengan doa supaya yang putus takkan dapat disambung kembali.Zalim tu!
Daripada bertepuk sorak atas kesedihan orang, baik kita doakan sama ada Apek atau Elia sama-sama dapat pulih dari kekecewaan dengan segera.Percayalah!Putus cinta tu amat menyakitkan.Ibarat luka yang masih berdarah disiram garam dan cuka.Pedihnya hanya mereka yang pernah mengalami saja yang mengetahui.Kepada Cik Elia, janganlah bersedih.Kalau orang dah tak suka, biarkan sajalah.Janganlah ditangisi harimau yang pergi kerana masih banyak harimau-harimau gagah di luar sana.
Gambar ni Cik Elia yang punya.
Sebab tu emak saya pesan masa bertunang, bakal pengantin lelaki tak boleh ada semasa majlis.Ni petua je tapi elok sebenarnya untuk mengelakkan bergambar terlebih mengalahkan dah menikah kalau bakal pengantin lelaki datang.Jadi bila putus, kuranglah sikit rasa sedih yang ditanggung.
(Cik Kucing cakap)
14 comments:
sokong.....doakan mereka andai mereka masih ade jodoh..6_^
Lor.. Boleh plak seronok.. Diorg ingat leh takle si apek tuh kot? Ekekeke~
setuju cakap cik kucing..apapun dah takde jodoh..klu ada jodoh tak kemana.dh putus pun masih boleh bertaut kembali kan..
takpelah benda dh jadi..mungkin ada hikmah disebalik semua ni. kalau ada jodoh tak kemana.
saya sedih dengan apa yang berlaku kepada mereka, mungkin tiada jodoh dan pasti ada hikmah disebaliknya kan...
ada ke yang seronok dgn apa yang terjadi terhadap apek dan elia?
apa punya org daa... jd kat diri sendiri baru tau...
pelik betul lah, kalau dah jadi kat diri sendir baru dorg tahu betapa sakitnya bila jd mcm tu..
doakan lah yg terbaik utk mereka nie.. ;)
Kesian diorg tau T^T Knpe Elia buat mcm tu? ><
Kalau dah jodoh tak kemana.. Sedangkan yang bercerai pun bnyk yg rujuk balik.. Insya'allah!!!
it's ok apek and elia, the best is yet to come for both of you. dugaannn...
doakan yang terbaik je..jangan happy atas kehancuran orang lain...
btl2...cube fkir klu bnda ni jd pd kite?mesti kite sedih kn?xbaik gmbira ats kedukaan org lain.doaknlh smoga mereka br2 bahgia dgn khdpn masing2...
Pelik betul mereka-mereka yang mendoakan mereka putus...
Bajet kalau diorang putus, si apek tu nak kahwin ngan dorang..
Huhuhu...
Bila lelaki dan perempuan mengGEDIX
tu lah pelik tapi benar.. tak pe kita doakan mereka berbahagia walau apa jalan mereka pilih
Post a Comment