Sunday, January 1, 2012

Selamat bertemu kembali 5 SK 1!

    Yeah!4  Januari ini aku akan mengajar kembali.Aku dah semak jadual 2012.Hari Rabu waktu pertama dan kedua, aku akan mengajar 5SK1.Opps!Waktu pertama, perhimpunan rasmi dulu.Waktu kedua tu, macam biasalah, briefing apa yang perlu untuk anak-anak 5SK1 aku bagi tahun 2012.Mudah-mudahan, anak-anak murid aku di 5SK1, masih sudi mendengar suaraku yang tak berapa merdu ini.


    

Anak-anak 5SK1 aku...
Hehehe!!!

Harapan 2012...

   Hari pertama 2012 telah pun menjelma.Seperti insan lain, aku mengharapkan yang terbaik buatku dunia dan akhirat.Moga-moga takkan ada lagi pahit hempedu atau perih sembilu seperti tahun-tahun sudah.Sebagai seorang blogger, aku juga mengharapkan yang terbaik sama ada dari segi ranking Alexa, kualiti tulisan aku atau nilai persahabatan di alam maya bersama teman-teman bloggers.Mudah-mudahan, segalanya dipermudahkan buat kita semua.