Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, May 16, 2011

Air mata di Hari Guru.

   Hari ini,16 Mei 2011, Hari Guru telah disambut dengan meriah di sekolahku. Seperti biasa anak-anak muridku ramai yang membuat persembahan.Dalam banyak-banyak persembahan, aku paling suka persembahan 5 Katering.Suara solo yang menyanyikan lagu My Heart Will Go On, sangat merdu!Aduhai!!!Anak muridku sangat berbakat!Kalau setakat Ratnah atau Iqa Mentor 5, senang-senang dia kalahkan.Rupa pun boleh tahan.Ada pakej!

   Selain itu, acara sukaneka untuk guru juga diadakan.Kumpulanku iaitu kumpulan 4 menang setelah menghabiskan 4 tugasan.Kemudian acara kerusi muzik diadakan dengan penyertaan wakil setiap kumpulan.Fuh!Aku angkat topi pada pengetua kami kerana dengan sportingnya turut mengambil bahagian.Gelagatnya semasa mengambil bahagian sangat melucukan!Kumpulan ku tewas acara tersebut dan didenda makan telur setengah masak.(Nasib baik aku dapat larikan diri.Shhhh!!!)

   Di sebalik kemeriahan Hari Guru kali ini, aku juga mempelajari sesuatu tentang hidup.Tentang betapa selama ini aku memandang dengan satu sudut pandangan iaitu bila-bila masa aku dapat apa yang aku hajati dengan duit.Kisahnya begini... Semasa majlis hampir tamat, seorang anak muridku yang berbangsa India datang menghulurkan tangan sambil mengucapkan Selamat Hari Guru.Mula-mula aku lihat senyumannya namun kemudian, air matanya gugur!Lantas aku tanyakan masalahnya.Rupa-rupanya dia sedih kerana langsung tak punya wang untuk membeli hadiah buatku hatta sebatang pensel sekalipun!

   Aku nyatakan padanya bahawa hadiah bukanlah segala-galanya.Tapi entah kenapa, aku rasa tersentuh dengan airmata dan pengakuannya.Aku rasakan bahwa selama ini aku tak ikhlas bila aku katakan hadiah bukan segala-galanya.Suatu perasaan yang sukar aku gambarkan!Betapa selama ini aku sangkakan semua orang serba berkecukupan!Hingga saat aku mencatatkan kisah ini, aku masih lagi tak dapat melupakan wajah anak muridku itu..........
Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana diberi peluang olehNya untuk melihat sisi lain sebuah kehidupan.


Antara momen indah Hari Guru yang dirakam oleh anak muridku Sheqal.

Dunia kami meriah dengan kehadirannya, puan kaunselor sekolah
I'M POSSIBLE!!!

Guru-guru yang sporting. ( Yang kiri sekali tu Puan Penolong Kanan 1 kami)

Sayang anak-anakku..


13 comments:

Rozuan Ismail said...

syukurlah dengan apa yang kita ada.lihat betapa mereka sedih tidak dapat memberi sedikit ganjaran untuk guru mereka di hari yang indah bagi guru.

air mata itulah sebenarnya yang lebih berharga dari segalanya.

cantekk said...

huhukkkk;-( terharu sgt....
indahnye lau jadik cekgu kan...

tsentuh ase

sop said...

Selamat hari guru yer, cikgu :)

duniacikgu said...

rasa sedih dengar cite ni

Koding said...

Selamat hari guru, cikgu..

cik cek said...

Selamat hari Guru...guru hebat ...guru cemerlang...melahirkan insan2 terbilang.....
Insiden menyentuh jiwa...

senyumSOYA said...

awak!! bestnya...
hehehhe...t bagi hadiah meow cumei kat cikgu ya~
nahh..saya bagi.. (^^~

NuSaNa NoSa 91 said...

selamat hari guru, cikgu~ semoga sentiasa berbahagia dgn keje cikgu~ ^_^

cik mumu :) said...

haha ,, teacher tk aci !

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

cikgu cikgu sekarang besttt sportinggg =)

BUNGA said...

sedih saya baca..
btw selamat hari guru ya :)

hitammanis said...

agak terlewat....selamat hari guru! teringat zaman aku jadik gstt.

zilaothman said...

lucula gambar saya ni madam...
Saya ni gila-gila, ada idea gila-gila, suka buat orang ketawa, tak kisahla kalau ketawa tu sebab ketawakan saya... Semoga keceriaan hidup terus menyelubungi kita semua, di dunia dan di akhirat... InsyaAllah... Miss this moment..

Let's have a break!