Sunday, May 1, 2011

Le Tour de ..... Fuyooo!!!!

   Mana basikal aku? Janganlah hilang!Kalau hilang, matilah aku!Apa aku nak jawab dengan Hazwan Dah Insaf.Memanglah Hazwan Dah Insaf tu baik orangnya.Dia tentu tak tarik telinga aku.Tapi, malulah aku kalau basikal biru aku tu hilang.Tak sampai sehari Hazwan Dah Insaf pinjamkan pun dah hilang!Kalaulah aku tak patah balik ambik pensel yang tercicir semasa berlumba tadi, tentu aku masih dalam kelompok yang sama dengan pelumba-pelumba basikal yang lain.Tapi, aku kena ambik pensel tu sebab pensel tu hadiah hari guru dari anak murid aku tahun lepas.

   Sambil otak aku memikir mana nak cari basikal biru aku yang hilang tu, aku tersenyum sorang-sorang.Fuh!Tak sangka aku berpeluang berlumba basikal dengan ramai pelumba profesional.Antara yang aku nampak adalah EnBen Ashaari, Abang Mat Gebu,Pendekar Berkuda, Abang Terror,Mak Dara, Mak Legenda, Kak Chik, Mialiana, Isteri Enci Sabri, Miza Hidup Itu Indah, Belalang, Mr Curly dengan wife dia, Panadol dan ramai lagi.Paling aku teruja adalah Kak Pah K-Poh.Dah lama aku tak jumpa Kak Pah.Rinduuuuuu sangat.Jadi bila nampak je Kak Pah yang telah siap sedia dengan pakaian berlumba basikal tu(tapi pakaian Kak Pah pelik sikit sebab Kak Pah pakai apron), aku pun peluk Kak Pah kuat-kuat.

   
   Tiba-tiba aku nampak Ujang tersengih-sengih bawak basikal biru aku yang aku pinjam dari Hazwan Dah Insaf.Bertuah punya Ujang.Sikit pun tak mintak izin...Aku pun kejar Ujang dengan niat nak tarik telinga dia bagi panjang macam telinga elf.Tapi aku dihalang oleh Sop yang seperti biasa tersenyum dengan manisnya.Nasib baik Sop ada, kalau tidak..... Opps!Tiba-tiba aku dengar bunyi bas .(Jiran depan rumah aku parking bas kat depan rumah.Tiap-tiap pagi pukul 5, masa orang lain masih syok mimpi bercanda di pasiran pantai, aku dah terjaga sebab tepat jam 5, Cik Yan jiran aku tu akan hidupkan enjin bas.Kira macam jam loceng aku lah) Laa...  aku mimpi rupanya!!!!Tapi, serious!Aku rindu sangat pada Kak Pah K-Poh.Bilalah Kak Pah nak balik.... Sob2!

My Photo
Wajah Kak Pah kesayanganku.

   p.s: Cerita di atas adalah berdasarkan kisah sebenar.
(maknanya aku betul-betul mimpi le)

7 comments:

Anonymous said...

amboi, byk gile pelakon lam mimpi tu ye ;-D mst dok ngadap belog smpai tmimpi kan...

kiz said...

nasib baik tak terlibat sekali..kalau tak confirm pagi ni letih sebab lumba basikal.

Sharinginfoz said...

alamak rupa-rupanya mimpi

Ayie said...

agaknya macam mana le muka brader belalang yep..?? Adakah dia macam Mask Rider atau macam Kamen rider..?? Mask rider dan kamen rider kan asalnya belalang.. hahaha

qasehraihan said...

saya pun tunggu kak pah..
manakah beliau??huk

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/05/gores-dan-menang.html

Lydia Miza said...

wahh mimpi miza naik beskal?kui3..orang peknek kayuh beskal camner lah rupanya ye?

Mohd Hazwan said...

mane saya punya basikal
nak pegi mengaji ni
btw dulu sekolah rendah..skpg 3 1996-2001..lepas tu form 1 masuk mrsm pontian sampai form 5...

Post a Comment