Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, April 5, 2012

Cabaran blogger.

 Hari ni meeting lagi.Mula 2.15 ptg dan tamat lebih kurang 4.45 ptg.Rasa berasap kepala otak den.Tapi takpelah.... hamba rela berjuang demi anak bangsa.... Heh heh heh!( Ketawa tak berapa ikhlas) Balik rumah, gitu gini dah dekat 5.30.Pas tu masak.Menu ikan tongkol singgang Terengganu dengan budu.Mahal juga ikan tongkol rupanya.Sekilo RM11!Tokojut den!

   Lepas masak, niat hati nak blogging jap sambil-sambil jerang air nak buat teh o.Tiba-tiba, rasa nak putus salur jantung aku!Cik Lenovo aku tak boleh on!Keras kaku macam orang mati!Sudah!Tak dapat blogging aku hari ni!Sedihnyaaaaaa...........Alamat tak de harapanlah aku nak jadi blogger selebriti macam Fatin Lyana yang cantik aduh mak tu.

   Tiba-tiba, aku teringat pada Mak Temah Samsung aku yang dah berhabuk lama tak ku sentuh.Try on.Alhamdulillah..... Nasib baik masih bernyawa lagi.Walau pun Mak Temah jalan dah termengah-mengah, dapat jugalah aku up date blog aku ni jap sambil tunggu Rivals di Astro Bella jam 12 malam.Tiba-tiba, aku terkenanglah pulak zaman chatting awal tahun 2000 dengan kengkawan alam siber aku.Masa tu rasanya, macam angau dengan After 7 ) Chatroom popular time tu).OK.Next time, aku cerita panjang-panjang, macam mana seronoknya chatting zaman tu.Sekarang ni aku cuma dapat jenguk jap je.Maklumlah Mak Temah Samsung desktop aku ni dah tua.Kang dengan dia-dia karang keras kaku macam Cik Lenovo aku.Baru haru!Tak dapek den nak blogging!INilah cabaran seorang blogger, kan?Anda setuju?



Padahal aku dah tak sabar nak date dengan si Louie ni
Hahahaha!!!!!!




Rivals @ Magkaribal di ASTRO Bella.

( Tiba-tiba aku teringin belajar bahasa Tagalog)

2 comments:

Telor Power said...

kehkehkeh...nasib ada lappy yg lama tu lagi

kakcik said...

Terkenang zaman MiRC ya?

ASL pls...

:)

Let's have a break!