Sunday, July 15, 2012

Di sebalik majlis pertunangan adik...

   Alhamdulillah..... Adik dah pun bertunang.... Tema warna pink.Pihak lelaki pink, pihak perempuan pun pink.Pihak lelaki bawa 7 dulang dan pihak perempuan balas 11 dulang.Opps!12 dulang. Oleh kerana ayah dan mak tak berapa sihat, kami adik-beradik tolong uruskan. Rasa nak tergelak pun ada.Almaklumlah, aku adik beradik ni sempoi habis.Bukan tak ikut adat, ikut tapi adalah beberapa perkara yang aku rasa kami terlupa.jap nanti aku cerita.



Yang bersongkok berbaju kelabu ayah tunang adik aku.

Nampak tak?Semua bersongkok atau berkopiah.


-
-
-
-





   Yang berbaju melayu tu adik aku, wakil bagi pihak ayah.Yang ralatnya, tak ingat langsung nak ingatkan adik supaya bersongkok.Bukan adik je, tapi semua lelaki dewasa bagi pihak adik aku tak bersongkok!Bukan niat untuk membelakangkan adat, tapi kami terlupa!!!Tentang hantaran pun aku ralat.Pihak adik aku sediakan 7 hantaran iaitu cincin dua bentuk ( untuk merisik dan bertunang), baju, set penjagaan wajah ( Eh,Bunyi skemanya), buku, cup cake, Red Velvet Cake dan Strawberry coklat.Aku cuma buat kotak kek felt untuk diisi buku tu.Siap ada gambar adik dan tunang dia lagi.Kira eksklusif, gitu.Punyalah excited nak dapat adik ipar.Tapi aku betul-betul ralat, sebab kita orang tak sediakan sirih junjung.Ingatkan tak apa tapi bila balik Johor mak tanya.Sirih dara tak ada ke? Hmm.... Memang patut ada sirih junjung ke?




      Inilah kotak felt yang aku buat istimewa untuk bakal adik ipar aku tu. Sampai mintak darah kau!!Selain mintak darah, sebelum buat kotak nilah daging jari telunjuk kiri aku masak kena gam dari glue gun!Panik punya pasal, bila gam tu menitik, aku cepat-cepat sapu.Apa lagi dengan isi jari telunjuk aku sekali tertanggal.Dah tu glue gun tu langsung tak boleh guna sebab ada letrik mengalir walau pun aku baru je beli.Akhirnya aku buat kotak felt ni 100% menggunakan benang dan jarum. 

   Tentang hantaran buah strawberry pulak, aku ralat sebab tak teringat langsung nak tolong adik ipar aku.Dengan adik aku yang seorang lagi dan anak-anak buah, aku berseronok di i City.Budak-budak naik Pirate Ship tapi aku duduk tengok je sebab aku masih tak sihat.Hari Jumaat tu pun aku mc.(Bilalah aku nak sihat sepenuhnya) Tapi sempatlah jugak aku try 6 D movie tengok Alien Safari.Tapi tak thrill pun.Mahal je boleh harap.Opss!Pasal ralat tadi, patutnya aku duduk rumah je tolong adik ipar aku buat strawberry coklat bukan dok buang masa di i City tu.



Inilah buah strawberry dengan lingkaran coklat putih lambang cinta.Chewah!!!

   Akhir sekali aku terkilan sebab langsung tak teringat nak rakam detik-detik istimewa tu dengan video untuk dikongsi dengan mak dan ayah.Setakat gambar memang banyak.Pada hal, bukan setakat telefon adik-beradik aku tu canggih-canggih, video camera pun ada tapi langsung tak teringat nak bawak.Ralat betul!Kalau tidak, dapatlah kami tengok adik aku yang wakil ayah tu berpeluh dalam cubaan meminang anak dara orang!Maklumlah orang muda, mula-mula bunyi orang nak memetik bunga tapi lama-lama dah bunyi macam orang tengah meeting!



Ni hantaran untuk cincin merisik dan cincin tunang.




Adik lelaki aku tu memang malu orangnya!!!




Bakal mempelai bersama adik aku.



Bakal memelai bersama anak dara aku dan bakal menantu aku.
( Ehem!Bila nak masuk meminang ni?)

Posing depan hantaran dari pihak perempuan untuk kenang-kenangan.




Yang bertunang tak nervous tapi yang tukang sarungkan cincin pulak yang nervous.
Maklumlah, bakal dapat adik ipar.
Macam Najwa latif pulak tu!
:D

p/s: Kepada pihak perempuan,
maaf sekiranya ada yang terkurang.




   

3 comments:

Telor Power said...

kisah pergi memniang anak orang hihihihi tergelak jap bila aku jadi ketua rombongan kepada kawan aku di parit sulung BP sana.

pengalaman pertama yg aku malu gila
cisss...

KuNanGKuNanG said...

biasa la kadang2 dah sibuk2 banyak benda kite lupa...tp hantaranya semua cun2x..:)

maszull said...

assalamualaikum scarlett...tahniah buat adik yg bertunang tu yer...:)

Post a Comment