Saturday, November 24, 2012

10 makanan membunuh kucing

   Kadang-kadang, semasa aku makan coklat atau aiskrim, aku share sekali dengan buah hati aku si Panji.Tapi, rupa-rupanya, coklat dan aiskrim boleh membunuh kucing!Ooooo..... barulah aku.Selain coklat dan aiskrim, makanan lain adalah seperti berikut:

1.Tuna ( Ikan tongkol atau ikan aya)
   Memakan tuna secara berlebihan akan menyebabkan keracunan merkuri pada kucing.
 Kucing memang suka ikan jadi awaslah supaya tidak memberikan ikan tuna pada            kucing.

2.Bawang dan daun bawang
Bawang dan daun bawang boleh menyebabkan kekurangan sel darah merah,anemia, keracunan dan masalah gastrointestinal upset.

3.Susu dan produk tenusu
Yang ini pelik sikit kerana kucing kecik takde masalah minum susu tapi jangan sesekali memberi susu atau keju kepada kucing dewasa.
Ia akan menyebabkan masalah pada sistem penghadaman.
Dengan kata lain, habis kucing kita kena 'ceri-beri.

4.Alkohol
Yang ni of course lah tak boleh.Ia boleh meroakkan hati dan otak.
Dua sudu saja akan menyebabkan kucing yang beratnya 2 kg, menjadi koma.
Kalau 3 sudu, jalan terus.

5.Anggur dan kismis
Kedua-duanya boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Elok jangan beri, kalau tak mau kucing kita kena buat dialisis!

6.Kafein
Kafein ni bukan setakat kopi, tapi juga yang ada dalam cokalt dan aiskrim.
Ia boleh menyebabkan keracunan dengan tanda-tanda seperti lesu, kejang otot dan sawan. Pernafasan kucing juga akan menjadi sangat laju.

7.Gula-gula dan manisan
Semua jenis manisan yang mempunyai xylitol boleh meningkatkan jumlah insulan dalam badan kucing dan ini menyebabkan paras gula dalam badan merosot.
Ia juga boleh menyebabkan kegagalan hati.Tanda-tandanya adalah muntah, leu, hilang keseimbangan badan,saan dan kegagalan hati.

8.Daging dan ikan mentah
Ikan dan daging mentah mempunyai bakteria yang berbahaya kepada kucing.
Ia juga mempunyai enzim yang menghapus thiamine, iaitu penyumbang vitamin B untuk kucing.kekurangan thiamine menyebabkan kerosakan otak dan koma.

9.Hati ayam
Kuantiti yang banyak akan menyebabkan keracunan vitamin A.Ia menjejaskan tulang kucing.Kucing menjadi bantut dan menghidapi osteoporosis.
Ia juga boleh membunuh kucing.

10.Yis atau ragi roti
Perut kucing di bahagian dalam akam membengkak dan ia menjadikan kucing menderita kesakitan.

Kesimpulan:
Tidak semua makanan yang berkhasiat kepada manusia,
berkhasiat juga untuk kucing.
Jadi, berhati-hatilah.

Pesanan oleh :

Dr.Kucing.

Sumber : Berita Harian, Sabtu, 24 November 2012
   

2 comments:

fizalinolie said...

Oh! rupanya. Nice info. Lepas ni boleh la Fiza larang adik bagi susu kat kucing. Sian kucing.

Anonymous said...

Ai mcm semua x boleh

Post a Comment