Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, November 27, 2012

Alhamdulillah....

   Semalam,sehari suntuk aku tak blogging.Bukan merajuk cuma memberi laluan pada 'sesi mengulangkaji'.Exam belum lagi tapi revise untuk kuiz paper Description Of English.Lama tak study jadi almaklum sajalah.Ibarat radio buruk yang dah lama tak diusik.Tak pun, piring hitam buruk.Tersangkut-sangkut.

   Bila sebut tentang study, aku tengok classmate aku budak-budak dari Iran tu, bukan main lagi rajin bertanya macam -macam soalan pada lecturer.Lepas satu-satu.Tiap-tiap minggu macam tu.Aku pun teringin juga nak bertanya tapi biasanya tak de benda yang aku nak tanya.Hahaha!!!

   Berbalik pada cerita kuiz tadi, sebelum kuiz tu, aku kena jawab 75 soalan dalam masa 40 minit.Berpinar mata aku dok menjawab.Dahlah kertas soalan tu warna kuning!Soalan-soalan tu berdasarkan input 30 minit yang diberi oleh lecturer.Otak aku masa lecturer bagi input tu asyik dok menghafal nota-nota untuk kuiz.Jadi, memang aku langsung tak fokus.Aku ingat, hancurlah!Walau pun bukan kuiz, tapi markah 75 soalan tu akan dikira.

  Tepat jam 5.30 petang, kertas soalan kuiz pun diedar.Amboi mak!4 soalan je dalam masa 1 jam setengah!Bila dapat soalan tu aku pun baca... Soalan 1, bolehlah....Soalan no.2, pun ok.Walau pun agak blur, rasanya aku masih boleh jawab.Soalan ketiga, alah mak!Kena buat 'kena buat 3 pokok' / Deep Structure untuk 3 ayat.Emm.... ok kot!Soalan terakhir lagilah ok.Nampak kacang je.Aku pun jawab dengan hati berdebar-debar.Nak markah tinggi jugak!

   Tepat jam 7 malam, kenalah hantar kertas jawapan.Tiba-tiba je masa jawab soalan 'buat pokok' tu aku 'black out'!!!Tak ingat macam mana nak jawab.Hampeh betul sedangkan 'buat pokok' tulah soalan yang aku paling suka.Risau-risau.Tapi nak buat macam mana.nasi dah jadi bubur lambuk! Nasib baik masa nak balik, lecturer beri balik kertas latihan yang 75 soalan tu.Alhamdulillahh... Aku dapat 59/75 atau 78.66 %.Oklah untuk permulaan.Kalau aku fokus, agaknya boleh dapat 70 markah.Itulah,siapa suruh tak fokus?Tapi yang seronoknya, markah aku lebih tinggi dari budak Iran yang rajin sangat bertanya tu.Aku jeling.Markah budak tu 53/75 atau 70 % kalau tak silap.Kalau aku rajin bertanya soalan macam budak tu, agaknya aku boleh dapat 90% kot!Hehehehe!


   

1 comments:

luqman zakaria said...

time belajar kt kelas aser rajin je mulut nak tnye lecturer soalan tp soalan pulak tde..so..diam je..hehe

Let's have a break!