Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, November 24, 2012

Diskriminasi ke atas wanita berbadan besar

  Dalam masa setengah jam, 2 kali aku jumpa diskriminasi ke atas mereka yang berbadan besar terutama wanita.Mula-mula, aku tengok filem Cinta Luar Biasa.Bukan tengok penuh, aku tengok hujung-hujung je.Heroinnya Nasha Aziz yang slim cantik jelita tu.Dalam filem tu kononnya si Nasha dapat kahwin dengan Apek.Apek kata,'Siapa kata orang tak handsome macam aku tak dapat kahwin dengan tuan puteri?Yang penting hati mesti handsome'Yang ni oklah sebab ada mesej yang baik.Tapi, bila Hans Isaac, kawan si Nasha tu terlanggar Shanie, yang berbadan besar, dia kata,'Bolehlah daripada takde'.Bukankah ini diskriminasi ke atas wanita berbadan besar?Patutnya buatlah dialog,'Besarnya badan tapi, hatinya tentu lebih besar' atau lain-lain dailog yang boleh mengangkat wanita berbadan besar.

   Kemudian aku menonton filem klasik Masuk Angin Keluar Asap.Ada watak lelaki tua 'ketakutan' bila ternampak Ani Jasmin ( badan besar tapi sweet).Dailog yang terkeluar,'Manusia rupanya!Aku ingatkan jin!'Watak tu ada sebut pasal badan besar tapi tak ingatlah pulak.Ini pun salah satu diskriminasi atas wanita berbadan besar.Aku rasa tentu wanita-wanita berbadan besar akan terasa walau pun mungkin di mulut mereka kata tak apa.Lain-lain perkataan yang biasa disamakan dengan wanita berbadan besar terutama dalam lawak-lawak atau komedi contohnya adalah anak gajah, anak beruang, dan yang paling tak seronok, wanita berbadan besar dilabel tong sampah, yang akan melahap apa juga benda.

   Aku bukan wanita berbadan besar tapi aku tak suka orang memperlekehkan wanita berbadan besar apatah lagi jika lawak wanita berbadan besar tu mengundang ketawa berdekah-dekah!Wanita berbadan besar ramai hebat contohnya Adibah Noor yang sangat power Begitu juga dengan Ani Jasmin, yang telah bertahun-tahun mengundang gelak kita dengan lawak dan power lakonannya.  Kesimpulannya,biar siapa pun mereka, besar atau kecil, janganlah kita mempersendakan antara satu sama lain.Boleh tak?

Adibah Noor

Syanie



5 comments:

Noor said...

mmg pun..lg sakit hati bila dilabel org gemuk seorang yg "PEMALAS"

NURSHAHIRA SAIDATUL HASNA said...

relax...bdn besar pon cute tau!!!

Miss A said...

saya sangat sokong dengan pendapat awak. btw, saya berbadan besar and saya sangat sensitif pasal hal berat badan ni, but tu lah. even hati kita tersentap dengan cacian orang,tapi biarlah ALLAH je yang balas. :)

BW here,

Berita Melayu said...

tiada lagi diskriminasi terhadap wanita berbadan besar

PeRmAtA bIrU said...

hurm... betul2 sedihlah bila di deskriminasi... selalu kena... kalau berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... namun apakan daya, Allah knows the best...

Let's have a break!