Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, November 20, 2012

Jalan Zamrud ke Jalan Maut ?

   Syukur alhamdulillah.... aku dah selamat sampai di rumah.Bukan apa, bila lalu di jalan yang satu tu, aku berdebar yang amat sangat.Macam fobia pun ada.Kalau boleh elak, memang aku elak.Baru je keluar di suratkhabar, 5 terbunuh kerana kemalangan di jalan tu.Dalam sebulan ni je dah 9 orang maut .Semuanya akibat kemalangan jalan raya.Tempatnya?Sama... Kalau campur dengan kemalangan maut yang lepas-lepas, aku pun dah tak ingat berapa orang yang dah menemui ajal.Ramai sangat!

   Jalan yang aku maksudkan adalah jalan Masai-Kongkong, betul-betul di depan Taman Zamrud ( Taman Scientex, Jalan Zamrud?)Lepas je traffic light di simpang empat  ke Taman Kota Masai, betul-betul bertentangan dengan Taman Zamrud tu adalah perkuburan Kristian.Di situlah kemalangan maut tu selalu berlaku.Bersebelahan dengan perkuburan Kristian tu, ada perkuburan Islam.Jalan tu lebih kurang 2 km je dari rumah aku.Dan di jalan yang sama juga, selepas perkuburan Islam tu, betul-betul di simpang 3 masuk ke kampung aku, pun selalu berlaku kemalangan maut.Nak kata traffic banyak sangat, takdelah tapi mungkin faktor jalan yang tak berapa elok, ditambah dengan sikap pemandu yang semua rasa pandai, maka semakin bertambah kemalangan maut di jalan tu.Entahlah....

   Tapi serius, kes-kes maut yang semakin kerap berlaku membuatkan bertambah satu lagi fobia aku iaitu , fobia lalu Jalan Masai-Kongkong.Nasib baik ada jalan alternatif iaitu di Taman Scientex , depan Econsave.Tapi, bersedialah dengan perjalanan umpama 'menunggnag kuda' dek kerana banyak sangat lubang dan jalan yang 'teramatlah tidak ratanya'.Kalah kulit limau purut!Tapi jalan yang ni takde pulak aku dengat kemalangan yang meragut nyawa jika dibandingkan dengan Jalan Masai -Kongkong tu.Kata orang jalan Masa-Kongkong tu ada hantu.Tapi, tu cuma cakap-cakap orang je.Bunyi macam tak logik je.Mungkin bagus juga kalau ada mana-mana pihak yang nak buat siasatan atau kajian tentang jalan maut tu.Taklah nanti orang kata;Jalan Zamrud ke Jalan maut?





4 comments:

luqman zakaria said...

teruknya keta..sampai macam tuh sekali

Fendy said...

tau sgt tempat ni..memg selalu ada excident...

Mia Liana said...

take care yan kak scar... hati2 bawa keta tu.

afj said...

Hampir langgor kete tym balik keja dulu.kete mengong men kua simpang je.org ni plak bawak mnyama mcm moto gp.hahaha

Let's have a break!