Setelah dikerat 18, maka tibalah masanya untuk aku memasak makhluk tersebut iaitu Cik Belut.Ini adalah kali pertama aku masak belut.Pernah makan sekali je belut masak sup masa di Terengganu dulu.Di Johor ni, rasanya jarang orang makan belut terutama belut sawah sebab tempat kami ni terutama Pasir Gudang manalah ada sawah.Lopak adalah.Jadi, bila aku terlihat baik punya belut dok berenag-renang dalam akuarium di pasar semalam, teringin pulak aku nak try masak dan makan kalau boleh.
Aku teringin nak siang sendiri tapi abang pasar tu kata belut ni menggigit jadi dia tolong ketuk kepala belut tu kasi mati.Kalau tak, aktif semacam sebijik budak hyperaktif!Bila dah diketuk dnegan sebiji pngetuk besi punyalah berat, aku pun bawak baliklah belut tu.Sampai rumah, aku letak dalam sink bagi pastikan belut tu dah tak gerak-gerak.Maklumlah pengalaman first time, kang belut tu melompat, aku pun ikut melompat!
Tengok?Belut ni dah kena ketuk.Keluar darah sikit.
Aku cuit-cuit, senyap je.
Dah matilah tu.
Kemudian aku balikkan dia untuk lebih pasti.
Yes.Sah dah mati.
Ok, sekarang bolehlah aku mulakan pembedahan.Mula-mula aku gunting kerat kepala dia yang macam kepala dinasour tu.Kemudian aku gunting perut dia untuk buang isi perut dan darah lekat di tulang.Fuyoooo!!!!!Mula dari bawah kepala, sampailah tinggal 2 inci dari hujung ekor, itulah panjang perut dia.Dah gunting, aku buang isi perut dia dan cuci darah yang lekat di tulang.Licin jangan katalah... Berapa kali entah aku terlepas!
Kemudian, letak asam jawa dan garam untuk hilang lendir.
Tapi, masa di Terengganu dulu, dia orang tak kasi buang lendir.
Katanya baik untuk kulit.
Ini rupa belut yang dah siap untuk dimasak.
Tapi, aku tengok benda tu bergerak-gerak walau pun dah dikerat 18!
Scary!!!
Biarpun scary, masak tetap masak.Google resipi yang sesuai...Jumpalah belut masak paprik, belut sup bla bla bla... Tapi Resipi Phak Phet ni macam sedap pulak.Try masak Phak Phetlah.OK.Dah siap masak nanti, boleh share gambo tunjuk camane ghopenye!
Resipi pinjam MyResipi punya.
5 comments:
Belut! (>______<)" apa rasanya kak?
psstt..kak, jemput join segmaen kita yang tak seberapa~
http://goo.gl/AcuIj <3
memang x makan la sy..kalau goreng insyaallah makan hehehe
mcm nak try je..hehehe...adventure btul
Salam Sejahtera,
Kuat betul muscle belut dah kerat 18 masih bergerak2, memang aneh..
kira berani la ni siang belut. akak boleh msk yg telah disiang..biasa buat sup sebb suami suruh msk. dulu pn tak pnh msk belut ni skrg dh ok..cuma akak tak mkn..
Post a Comment