Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, November 25, 2012

Tandus tapi tiba-tiba banyak pulak!

  Semalam idea mencurah-curah.Tapi hari ni sebaliknya pulak yang berlaku!kenapa entah!Aku penat kot?Maklumlah bertungkus-lumus mencapai misi melipat baju.Hahaha...Akhirnya tepat jam 12.15 malam, rumah kemas, bersih, kinclong ( bahasa orang seberang, aku tiru di SCTV).Esok pagi-pagi, bolehlah bertolak ke Kg Teluk Empang, Pengerang, dengan senang hati.Apa lagi?Pergi majlis kahwinlah.Kali ni anak sepupu aku pulak yang kahwin.

   Siapa yang tak pernah ke Kg Teluk Empang, cepat-cepatlah ke sana kerana tak lama lagi kampung tu hanya tinggal nama je.Bukan diroboh, dilenyek dek steamroll tapi, semua penduduknya akan berpindah ke Taman Bayu Permai ( Kalau tak silap) yang disediakan kerajaan, dek kerana arus pembangunan.Bila sebut tentang kampung berpindah, macam-macam pro dan kontra aku dengar.Semua bijak berhujah mengalahkan Dato'Azlina, YB Pengerang yang manis bertahi lalat tu.

   Sebenarnya kan, benda apa pun kalau kita anggap negatif, maka akan jadi negatiflah dia.Jadi, bukalah minda sedikit dan terima perubahan.Takde maknanya kerajaan nak menganiaya penduduk kampung!Kalau betul, takdelah jutawan-jutawan dan OKB-OKB baru dari kampung tu sebulan dua ni.Eleh!Macam aku tak tau.Aku pun orang Teluk Empang juga. Sesiapa yang kata kerajaan penipu tu, cubalah berpijak di bumi nyata.

   Apa-apa projek pun mesti ada positif dan negatifnya.Nak positif je, mana boleh.Ibarat nak cantik, kenalah susah-susah, seksa sekejap pakai PREMIUM BEAUTIFUL, nanti bila dah serasi oklah.Rampinglah pinggang tu.Begitu juga kalau nak kulit cantik, takkan minum COLLAGEN sekali je, dan dan tu juga nak nampak cantik. Contoh lain macam buat blog.Takkan buat sehari je entry dah beribu-ribu macam TCR SCARLETT O'HARA.Hahahaha... Betul tak?Jadi, kalau nak senang, terpaksalah berkorban sikit tinggalkan kampung dan berhijrah ke tempat baru.Barulah ada angin perubahan.

   Opps!Tadi mula-mula menulis, tak tau apa nak tulis @ ketandusan idea.Tapi tiba-tiba, idea mencurah-curah pulak!Begitu juga tinggal di tempat baru.Mula-mula tentulah gondol je kawasan tu tapi lama-lama, ha engkau, macam-macam benda ada!Percayalah!Jadi, nasihat aku kepada orang Pengerang, (Aku tau ada orang Pengerang yang jadi stalker ni! ) terimalah perubahan dengan hati yang terbuka.Bila dah jadi jutawan @ OKB tu, janganlah lupa daratan.Tak maolah aku dengar, adik-beradik bergaduh sebab harta atau suami isteri bercerai berai sebab harta.Kalau agak-agak tak kuasa nak urus duit yang berkepuk-kepuk tu, ehem ehem... hantarlah ke Pasir Gudang.kecik tapak tangan, Stadium Perbadanan Pasir Gudang aku sediakan.


Nampak tak kedudukan Pengerang dan Pasir Gudang?
Dulu aku kecik-kecik, nak balik Pengerang kena naik bot dari Kong-kong.
Berapa jam entah.
Tapi sekarang dah ada highway.
Tak sampai sejam dah sampai.
Kan kesan positif pembangunan namanya tu?


Kita jugak yang tak kaya-kaya, ek Cik Yam!


3 comments:

Mia Liana said...

mia belum pernah pergi situ pun...

Norhaizan hakim said...

Setuju dgn Tch SO, terimalah perubahan dgn minda terbuka. Sentiasalah berfikiran positif, nanti hasilnya InsyaAllah positif juga. Ramai org yg berdegar-degar mengutuk perubahan, bila dah senang bukan main tersengih.

krole said...

besala...pmbangunan kan wak~

Let's have a break!