Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, February 15, 2013

Tak sangka excited giler!

   Rasa nak tergelak pun ada.Semuanya gara-gara bas.Maksud aku bas Iskandar @ bas henti-henti.Bukan rupa bas tu kelakar tapi rupa penumpang bas tu yang kelakar.Maksud aku, penumpang tu aku dengan adik aku cikgu sekolah Tanjung, 2 orang anak dara aku dan 2 orang anak buah aku.Kelakar sebab dah berpuluh tahun kami tak naik bas henti-henti.Tiba-tiba hari ni teringin pulak nak try.

   Mula-mula tu tak sangka excited sangat.Macam nak pergi rombongan pulak.Anak buah aku yang 2 orang tu memanglah seronok.Maklumlah budak-budak.Sempat juga posing ambik gambar sebelum bas sampai.Bila bas sampai, aku pun bayar tiket dari kampung aku ke Kompleks Pusat Bandar.Seorang RM1.70.Jadi 4 orang= RM6.80.Aku beri je pada pemandu tu.Tak terfikir pun nak letak dalam tabung.Lepas tu aku terus je duduk.Driver tu tak beri pun tiket.Nasib baik takde tukang check tiket.(Ada lagi ke?)



   Sampai di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, tengok-tengok barang jap lepas tu makan-makan.Menu biasa sup le tapi aku terpaksa tukar menu ke mee rebus sebab kolesterol dah makin membiak.Air masih tetap jus jambu (bukan Yus Jambu tau) tabur serbuk asam.Oii!!!Kecur air liur.Menu lain mee hoon sup, sup urat power punya dan   fish & chips.Tengok gambar lagi, nak?

Nampak tu? 
Koko special, jagung special dan sup urat.
Pernah rasa sup urat?Sup lidah?Sup ekor?Sup pipi?


Menu orang tua lebih kolesterol macam aku.
Pinggan pun pinggan orang tua.
Mee rebus ni amboi mak sedap sangat.
Siapa nak rasa bolehlah singgah ke gerai Harum Dahlia.
RM3.50 je.

   Lepas makan, singgah solat jap.Tiba-tiba terperasan jari aku merekah dan berdarah gara-gara menyental bilik air guna sabun Bersih pagi semalam.Punyalah Bersih sampai jari aku pun 'dibasuhnya'.Aduh mak!Pedihnya!Lepas solat, kami balik.Plan nak naik teksi tapi teksi takde jadi kami ambik bas jugak.Kali ni aku tak lupa letak duit dalam tabung dan ambik tiket.

Bukti entry tak tipu punya.

   Pendek kata, tak sangka naik bas tu best.


3 comments:

hana hadi said...

lama xnak bas henti-henti..

Farahin Izzati said...

apa, sut urat, xcuba lagi, huhu, kena cari ni :D

BUNDA a.k.a KN said...

mee rebus satu..

Let's have a break!