Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, April 7, 2014

Resipi lempeng kelapa.

   Rasa nak tergelak pun ada.Lepas maghrib teringin nak makan lempeng kelapa.Seumur hidup inilah kali pertama buat lempeng kelapa.Main agak-agak je.Nak tengok resipi di internet,seganlah pulak dnegan Cik Lenovo aku.Terdengar-dengar dia gelakkan aku.Apalah... Buat lempeng kelapa pun nak tengok resipi kat internet.Agaknya kata dia.Jadi aku pun ikut resipi sesedap rasa sesuka hati aku seperti di bawah ni.

Bahan-bahannya:
1.Kelapa muda parut secawan.
2.Tepung gandum agak-agak molek kepekatan untuk buat lempeng.
3.Sedikit garam.
4.Sedikit minyak.
5.Air.

Cara-caranya:
1.Campurkan semua bahan kecuali minyak rata-rata.
2.Jumlah air agak-agaklah asalkan tak terlalu pekat atau terlalu cair.
3.Panaskan kuali tak melekat.Tak kiralah kuali ajaib ke tak.Cap ikan ke cap bunga ke semua ok.Kalau tak de kuali tak melekat, guna kuali biasa pun boleh tapi kena letak minyak lebih sikit.
4.Letak sesudu kecik je minyak dalam kuali tu.Nak jaga badan.
5.Bila dah cukup panas, senduk sesenduk adunan dan leperkan dalam kuali.Jangan terlalu nipis atau tebal.Agak-agak je tau.
6.Api jangan terlalu besar atau terlalu kecik.
7.Balikkan supaya kedua-dua sama rata masaknya.
8.Bila dah masak, bolehlah angkat.
9.Zaman dulu makan dengan gula.Zaman sekarang makan dengan coklat cair pun sodap.

Selamat mencuba!



Yang ni lempeng kelapa resipi bonda.

1 comments:

kakyon said...

sedap cicah sambal tumis..

Let's have a break!