Friday, April 4, 2014

Cengkarok bukan cengkerik.

   Aku suka sangat cengkarok.Tapi, tak pernah terfikir dapat merasa lagi makan cengkarok setelah bertahun-tahun kenangan tu aku tinggalkan.Maklumlah, zaman kecik-kecik dulu, aku bukan orang senang.Nak beli makanan ringan kena fikir beratus kali.Tak nak membazir.Jadi, biasanya ayah rajin sangat buat cengkarok.Akulah yang paling suka.Kruk krak kruk krak aku makan sampaikan adik-beradik gelar aku arnab sebab bunyi macam arnab makan lobak bila aku makan cengkarok.

   Baru-baru ni, kerana musim panas yang melampau, ayah dapat idea nak buat cengkarok.Kakak berniaga nasi lemak jadi, ayah ambik keraknya tu dan jemur sampai kering.Bila dah cukup kering, ayah goreng macam keropok dan jadilah cengkarok.Mmm... sedap!Lemak pulak tu.Anak-anak buah aku di sini ,ingat makan cengkerik tapi rupa-rupanya cengkarok.Kebetulan adik aku di Shah Alam balik baru-baru ni.Tak sangka pulak anak-anak buah di Shah Alam dah biasa dengan cengkarok kerana bibik dia orang selalu buat.Oklah, petang ni nak ke rumah ayah, makan cengkarok.Jom!



Tada!!!Inilah dia cengkarok!



Inilah ayah kesayangan aku.Baru minggu lepas aku 'lukis' gambar ayah.

0 comments:

Post a Comment