Sunday, April 20, 2014

Ekspress!!! Tut!Tut!

   Seminggu tak update kerana masalah laptop merajuk.Guna hp boleh tapi kenapa entah tak teringat pulak.Tambah dengan kesibukan yang agak melampau sejak-sejak sihat ni.Alhamdulillah....Last buat medical check up pada 13 April 2014 di Klinik Kesihatan Pasir Gudang.Daftar pagi-pagi buta tapi dekat pukul tiga baru boleh balik.Rasa nak marah, tapi bila aku tengok doktor yang merawat pesakit dan petugas lain langsung tak keluar untuk lunch, aku rasa kesian pulak.Serius ni.berjam aku duduk depan bilik doktor tapi tak nampak doktor keluat lunch.Yang aku nampa, doktor sibuk keluar masuk uruskan pesakit ekspress seperti bayi, orang tua dan banduan.

   Di Hospital Sultan Ismail, tempoh untuk rawatan yang sama tak sampai sejam.Tapi banyak bilik rawatan dan dalam setiap bilik rawatan ada 2 orang doktor.Tu yang cepat tu.Sepatutnya aku kena buat temujanji untuk rawatan seterusnya di Pasir Gudang tapi, aku batalkan kerana kes aku dah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail.Tarikh terakhir aku check di HSI, semuanya ok.Sihat sangat.Cuma kolesterol je tinggi sikit.Doktor beri senarai makanan yang aku boleh makan dan yang tak boleh makan.Ala.... Ketam,udang, dan lain-lain semua tak boleh....   Oklah.Aku sambung sembang lagi nanti ye.Ni pun curi-curi time tunggu kelas.Hahahahaha!!! Jangan marah.Hari ni pulak ada lawatan dari JPN dan KPM.Wish us all 'ok' ye.Tamat sudah entry ekspress.

0 comments:

Post a Comment