Syukur alhamdulillah... Selepas lebih setahun aku tak dapat nak buat kerja sekolah dengan khusyuknya, malam ini aku berjaya mendapatkan rentak aku balik.Ibarat mendapat nyawa aku semula kerana selama tak sihat, jangankan nak duduk berjam-jam mengadap laptop, nak duduk 15 minit pun tak boleh.Syukur alhamdulillah sekali lagi.
Hari ini juga aku kembali mengajar di sesi pagi.Sebelum ini sejak 26 Januari lalu, aku terpaksa mengajar di sesi petang kerana pagi-pagi aku tak boleh fokus langsung.Mudah-mudahan, check up esok di Hospital Sultan Ismail, membebaskan aku dari segala macam ubat yang mesti aku telan setiap hari.Berdebar-debar nak dengar apa kata doktor.Doakan aku ye.
Bolehlah aku buat macam-macam Hari Guru nanti.
0 comments:
Post a Comment