Sana sini orang cerita pasal FAREEDA.Di sekolah aku ada juga Fareeda tapi bunyi kampung sikit.Bukan seorang tapi 2 iaitu Cikgu Faridah guru disiplin dan cikgu Siti Faridah guru BM.jadi aku tak naklah cerita lagi pasal FAREEDA walau pun aku menyampah juga dengan kenyataan Mawar tokeh Fareeda ' Kalau nak berfesyen ikut kemampuan'.Jadi,aku nak cerita pasal anak-anak murid akulah.
Kali ni aku nak cerita pasal KELAS BERTEMA di sekolah aku pulak.Tahun lepas aku pegang kelas.Adalah peluang nak buat kelas bertema.Tahun ni aku tak pegang kelas jadi aku cuma jadi pemerhati jelah.Setakat semalam ada 2 kelas yang aku berkenan iaitu yang bertemakan JDT dan Young Mujahideen.Kelas bertema JDT tu biasalah penuh dengan warna hijau biru.Sayang sungguh anak-anak murid aku pada negeri Johor.Sampaikan yang sah-sah lahir di Kelantan pun mengaku orang Johor.
Yang bertema Young Mujahideen tu yang aku nak share.Kelas ni betul-betul kondusif.Betul-betul selesa.Silap-silap hari bulan, anak-anak murid aku lebih suka tinggal di kelas dari di rumah.Kenapa?Pertama kelas ni ada aircond.Tapi, walau pun ada aircond, disediakan juga sebuah kipas duduk kalau-kalau letrik tak de.Kipas tu diletak di ruang santai.Ruangan ni ada meja sesuai untuk bersimpuh, hiasan dinding yang sangat menarik dan penuh maklumat dan bantal-bantal kecil felt yang dibuat sendiri dengan nama setiap pelajar.Jom tengok gambar.
Gandingan warna pink dan purple yang mendamaikan.Nampak tak bantal felt di belakang tu?Cantik sangat.Asyik sangat belajar sampai tak sedar aku ambik gambar.
Setiap sudut kelas yang berlantai mozek ni dihias dengan 2 dalam 1 iaitu untuk keceriaan dan juga pengetahuan.Ada sudut bacaan dengan sealmari buku yang siap dilabel dengan no panggilan seperti di perpustakaan.Ada juga meja dan kerusi khas untuk membaca di sudut NILAM.Budak-budak ni juga letakkan pelbagai piala kemenangan ahli kelas di satu sudut kelas.Untuk cikgu yang mengajar, disediakan marker pen purple dan biru di papan putih.Manakala di atas meja diletakkan pen-pen untuk kegunaan.
Perpustakaan mini yang comel
Meja membaca
Sudut kejayaan dengan pelbagai piala.Bukan setakat peringkat sekolah tetapi juga daerah dan negeri.Tengok selipar comel umtuk cikgu tu.
Sudut NILAM.
Bersesuaian dengan tema kelas ni iatu The Young Mujahideen, satu sudut disediakan untuk solat.Dah jadi amalan anak-anak dan guru-guru di sekolah aku untuk menunaikan solat Dhuha.Jadi, sesuai sangatlah ada sudut khas untuk solat dalam kelas di samping buku-buku agama dan Al Quran.Alhamdulillah.... Mudah-mudahan, anak-anak aku ni takkan keluar kenyataan bongkak seperti yang aku nyatakan di awal tadi.Ala... Isu FAREEDA tu. Mudah-mudahan juga anak-anak aku ni akan jadi insan berguna dunia akhirat yang sentiasa rendah diri walau waktu itu telah menjadi insan berjaya (kaya?)
Sudut solat.Budak-budak tak sempat nak kemaskan.
Anak-anak puteri sedang tekun mengulang kaji.
Yang ni ahli keluarga penuh kelas ni bersama 'bonda' tercinta.
Tahniah bonda dan anak-anak!
0 comments:
Post a Comment