Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, November 17, 2014

Rupa-rupanya dek chok dan lok ching tu....

   Alhamdulillah....Majlis jamuan akhir tahn peringkat sekolah semalam telah pun berjalan dengan lancar.Sepertimana yang dimaklumkan, macam-macam menu ada.Sampaikan cukup untuk dibungkus dan dibawa pulang.Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi menyumbangkan wang dan juga pelbagai makanan.Moga-moga diberkati Allah atas keikhlasan kita bersama.Tahniah juga kepada semua guru yang berganding bahu menjayakan jamuan kita.Mmmm.... masih terasa enaknya trifle... Resipi dah mintak dah.Nanti aku share ye.

    Plan awal kononnya na main dek chok tapi oleh kerana masa terhad dan pelajar ramai yang nak join, de chok ditukar ke futsal lelaki dan perempuan.Cuaca kurang memuaskan jadi futsal perempuan dijalankan di dalam dewan.Oh ya.Tentang dek chok hari tu, rupa-rupanya permainan teng teng.Aku biasa sebut hopscotch.Cewahhhhh!!!Rupa-rupanya orang pantai timur panggil dek chok.Manalah aku tahu?Hehehehe!Ada yang tak tau teng teng? Alahai.... Ini ha  aku share gambar dari Google.



Dek chok @ teng teng @ hopscotch

   Selain itu, kami belajar mengenal sejenis lagi makanan orang Kelantan iaitu lok ching.Ingatkan kuih bentuk loceng ke apa.Rupa-rupanya ia sejenis sate bulat-bulat yang dibuat dengan ikan dan tepung, dicicah sos pekat macam sos cili tapi manis.Di Terengganu aku pernah nampak orang jual guna motorsikal tapi tak pernahlah pulak try.Orang kata sedap.Mmmm ..oklah.



Ni gambar lok ching dari Google.

Ok.Kita tengok gambar majlis jamuan semalam.

   

Trifle sedap lapis red velvet.


Yang sebelah kiri tu untuk mi kari.


Sebelum makan posing dulu ye nak. 



Kelas mana makan sate ni?Terbaiklah.



Nasi kerabu biru.Cantik sangat.Rasa pun sedap.



Bukan main budak-budak ni bergurau main beg jadi astranout.



Sate dan pizza.Popular sungguh si sate ni.



KFC dan kek.Budak-budak bukan main suka.Aku dah tak berapa budak, dah kurang suka.



Eh!Enterframe pulak anak aku si Kasmir ni.
Sejuk ek yang.Tu yang tidur tu.

4 comments:

Diana Rashid said...

tu semua bebudak yang bawak ke..siap ada sate lagi..mesti pagi2 dah kipas satey sebelum datang sekolah tu..heheheh

Isya PurpleZ said...

uwahh.. bestnye.! rindu time jamuan sekolah dlu.. dah masuk U, xdpt nak merasa camni lagi.. btw, lok ceng tu mmg kat ganu n kelantan je biase jumpe.. org negeri lain ade yg xpenah kenal pun mkanan yang lazat nii... heheh..

Scarlett O'Hara said...

Sate tu ada yang cikgu bawak, ada yang pelajar bawak.Emak ayah very supportive tu yang seronok.

Sue Izza said...

dapnya lok ching memang terkenal kat pantai timur,kuah nya memang sedap,kat putrajaya pun dah ada skrg,kalau time balik.klate je la bleh makan hehehhe

Let's have a break!