Thursday, November 29, 2012

Khamis yang spontan

Ala... Bilalah nak siap cross stitch aku ni?
Mood: Entah.
Busy buat assignment





Cantik tak???
:D

Nak gelak ke nak nangis ni.

   Bangun subuh-subuh hari, aku start buat assignment.Tiba-tiba, anak dara aku si manis 16 going to 17, keluar bilik.Muka dia nampak pelik.Nak kata dia nak gelak, rupa macam nak menangis.Hah!Apa hal?Nak kata Harimau Malaya kalah, malam tadi harimau mengaum bolehlah tahan kuatnya.Nak kata Muslim Ahmad cedera, dia tak main pun malam tadi!Bila aku tanya, dia tunjuk benda ni....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Apa hal dengan earphone ni?
Aku pun terus siasat.
Tengok muka anak dara aku tu dah macam nak menangis.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Hah!Macam mana boleh jadi cam ni?
Baru lagi beli!
(Siasat lagi)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Hahaha!!!!!!!
Rupanya krja si Didi ni.
Bertuah punya budak!
Nasib baik kau comel.
Dah tu buat muka innocent lagi mintak makan!!!
Hahaha...
(Aku terus gelak time anak dara aku tak ada.
Time ada aku buat muka simpati)
Hahahahaha...
(Sambung gelak lagi!)



Assignment oh assignment.

   Hari ni macam mana pun, aku kena siapkan assignment.Tak mao delay lagi.I delay, I die......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MOOD SEDIH
NAK PERGI JOGGING TAK DE KAWAN.
NAK JOGGIN SORANG-SORANG,
TAK BERANI.

Baik aku buat assignment.

Wednesday, November 28, 2012

Burung bangau putih di awangan...

   Tak perasanlah waktu siang atau malam.Aku sedang berjalan-jalan di tepi hutan.Kamera di tangan sedia untuk ambil gambar apa-apa ynag menarik.Tiba-tiba, keadaan agak berkabut.Sunyi.Senyap.Sejuk.Aku pandang ke depan.Masyaallah!Bnayaknya bangau!Tapi anehnya, bangau tu semua dalam keadaan terbalik dengan kaki di atas kepala di bawah.Dan yang lebih aneh, kesemuanya di awang-awangan.Langsung tak jejak kebumi.Aku pun standby nak ambik gambar.Tapi, tiba-tiba, aku pun terjaga.Aku mimpi rupanya...APA MAKNA MIMPI AKU TU YE?


Lebih kurang macam nilah...




Malam ni nak mimpi ghimaulah.

Hantu bola rupanya!

  Itulah kata Cik Nieda Ramly.Mungkin aku publish entry pasal bola dengan kadar yang agak kerap serentak dengan perlawanan bolasepak Piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia dengan Laos.Serius aku nak mengaku.Aku suka juga tengok bola tapi time Harimau Malaya main jelah.Tambah lagi kalau lawan Indonesia.Tapi taklah sampai ke tahap hantu.ULASAN yang aku beri tu cuma ikut apa yang Zainal Abidin kata.Ala... time break tu kan ada komen di studio.Tulah yang aku kutip tu.Tapi aku faham jugalah sikit-sikit.Sebenarnya, entry bola ni bagus untuk naikkan traffic blog.Kira untuk SEO jugalah.Sambil menyelam,minum air kata orang.Betul tak?Kalau Cik Nieda nak try, time Malaysia melawan Indonesia nanti, Cik Nieda buatlah benda yang sama.Kemudian tengok perbezaan traffic ke blog.

   



   

Keputusan penuh Malaysia lawan Laos

PIALA AFF SUZUKI 2012
MALAYSIA 4
LAOS 1

Penjaring gol 
1.Safiq Rahim Minit 15
2.Safee Sali Minit 66
3.Wan Zack Haikal Minit 70
4.Khyril Muhymeen Minit 79

Minit ke 79, Malaysia 4:Laos 1

KHYRIL MUHYMEEN MINIT KE 79
MALAYSIA 4 : LAOS 1

HARIMAU AKAN TERUS JADI HARIMAU!




YES!!!BADRUL BAKHTIAR GANTI MAT YO.

Malaysia 3 :Laos 1 Minit ke 66

WAN ZACK HAIKAL PUN HEROKU!

MACAM TULAH GHIMAU!!!!
AUMMMMM!!!!

Betul ke ni?

Aku rasa ragulah.
Betul ke ni?
Betul ke macam tu punya mahal?
Aku tengok hampeh je.
Haihhhh...
Rugi je beli.
Takut-takut membazir je duit.
RM6 juta tu!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

NASIB BAIK ADA SAFEE SALI

Ulasan setelah separuh masa pertama

Harimau beri gol begitu mudah.
Finishing cukup mengecewakan.
Kita melepaskan banyak pelunag keemasan.
Bhgn sayap, Wan Zack dan Kunalan sangat baik.
Safee Sali, Mat Yo bawak bola sendirian.
Bila dapat peluang, target tepat-tepat.Barulah tak tersasar.
Setiap pemain perlu meningkatkan prestasi dan tenang kerana serangan tak bahaya tapi kita panik.
Mahali Jasuli banyak pergi ke bahagian serangan.Patutnya di pertahanan.
Simple mistake:Contoh Safiq Rahim tendang bola balik pada Farizal.
(Gol sendiri baru tau!)
60% Malaysia kuasai permainan tapi salah sikit je dah kena 1 gol.

BETUL TAK?


1 sama dah!!!!

Khonesavanh minit (ke 38) bagi ghimau sakit gigi balik.
Ayoooo!!!!!

Jangan kacau!Tengah fokus tengok bola ni!

Fuyooo!!!!

Aummm!!!Aummm!!!

Ha.... Macam tulah!!!!
Barulah Ultras Malaya tak kepung bas!

Piala AFF Suzuki 2012
Malaysia lawan Laos
Minit ke 14
Gol oleh Safiq Rahim

Malaysia 1 : Laos 0.

Kecik-kecik dah pandai bercinta!


Adib yang comel


Harimau dah bangun ke?

   Kalau tak silap, hari ni Harimau kita akan menentang Laos.Harap-harap harimau kita lebih bersedia dan akan berjuang mati-matian.Takdelah kita diperlekehkan.Apa tah lagi kalau yang perlekehkan tu mat-mat bangla jaga pam minyak atau budak-budak indon di kedai runcit.Sakit hati aku dengar.

   Soal siapa main malam ni tak timbul.Yang penting, kita mesti menang.Bab bolasepak ni aku takdelah tau sangat tapi bab nama baik negara tu yang menyebabkan aku pun tumpang tengok mana-mana perlawanan yang ada Harimau Malaya.Sambil-sambil tu, bolehlah aku buat entry SEO kan.Sambil menyelam minum air kata orang.

  Cuma aku harap, kalau Harimau Malaya patah gigi lagi malam ni, janganlah sampai mana-mana Ultras Malaya bagi sebijik kat dahi mana-mana pemain.Kalah atau menang, kita mesti jaga nama baik negara.Takut-takut nanti, jadi modal pihak ketiga pulak untuk dipolitikkan.Kalau kalah lagi, boleh je nak kepung bas Harimau Malaya tu tapi ' kepung dengan sopan'.Hahaha....

   
Harap-harap malam ni, Harimau Malaya tak takut nak mengaum.

Wordless Wednesday


Wordless Wednesday



Hilang terus stress

Tak payah tengok Neelofa.
Tengok cik cinonet ni pun dah hilang stress.

Antara sebab rezeki susah nak datang

  

Tuesday, November 27, 2012

Mak!Nak kopi!

Alhamdulillah....

   Semalam,sehari suntuk aku tak blogging.Bukan merajuk cuma memberi laluan pada 'sesi mengulangkaji'.Exam belum lagi tapi revise untuk kuiz paper Description Of English.Lama tak study jadi almaklum sajalah.Ibarat radio buruk yang dah lama tak diusik.Tak pun, piring hitam buruk.Tersangkut-sangkut.

   Bila sebut tentang study, aku tengok classmate aku budak-budak dari Iran tu, bukan main lagi rajin bertanya macam -macam soalan pada lecturer.Lepas satu-satu.Tiap-tiap minggu macam tu.Aku pun teringin juga nak bertanya tapi biasanya tak de benda yang aku nak tanya.Hahaha!!!

   Berbalik pada cerita kuiz tadi, sebelum kuiz tu, aku kena jawab 75 soalan dalam masa 40 minit.Berpinar mata aku dok menjawab.Dahlah kertas soalan tu warna kuning!Soalan-soalan tu berdasarkan input 30 minit yang diberi oleh lecturer.Otak aku masa lecturer bagi input tu asyik dok menghafal nota-nota untuk kuiz.Jadi, memang aku langsung tak fokus.Aku ingat, hancurlah!Walau pun bukan kuiz, tapi markah 75 soalan tu akan dikira.

  Tepat jam 5.30 petang, kertas soalan kuiz pun diedar.Amboi mak!4 soalan je dalam masa 1 jam setengah!Bila dapat soalan tu aku pun baca... Soalan 1, bolehlah....Soalan no.2, pun ok.Walau pun agak blur, rasanya aku masih boleh jawab.Soalan ketiga, alah mak!Kena buat 'kena buat 3 pokok' / Deep Structure untuk 3 ayat.Emm.... ok kot!Soalan terakhir lagilah ok.Nampak kacang je.Aku pun jawab dengan hati berdebar-debar.Nak markah tinggi jugak!

   Tepat jam 7 malam, kenalah hantar kertas jawapan.Tiba-tiba je masa jawab soalan 'buat pokok' tu aku 'black out'!!!Tak ingat macam mana nak jawab.Hampeh betul sedangkan 'buat pokok' tulah soalan yang aku paling suka.Risau-risau.Tapi nak buat macam mana.nasi dah jadi bubur lambuk! Nasib baik masa nak balik, lecturer beri balik kertas latihan yang 75 soalan tu.Alhamdulillahh... Aku dapat 59/75 atau 78.66 %.Oklah untuk permulaan.Kalau aku fokus, agaknya boleh dapat 70 markah.Itulah,siapa suruh tak fokus?Tapi yang seronoknya, markah aku lebih tinggi dari budak Iran yang rajin sangat bertanya tu.Aku jeling.Markah budak tu 53/75 atau 70 % kalau tak silap.Kalau aku rajin bertanya soalan macam budak tu, agaknya aku boleh dapat 90% kot!Hehehehe!


   

Monday, November 26, 2012

Asam punya Gupal!

   Sedang aku hot dibuat dek anak-anak buah Rajagobal,aku terpandang status di FB yang aku printscreen di bawah tu.Iye-iyelah aku ingatkan 'Kurang asam punya Rajagopal'.Rupa-rupanya benda lain.Hahaha... Sorry ye Dato' Rajagobal.Aku tetap sokong ghimau yang sedang menundukkan kepala dan merendahkan badan ke tanah sambil berjalan pulang perlahan-lahan.Jangan risau.Gigi tu boleh tumbuh lagi.Ok.Ok.Sila tengok printscreen berikut.


Rupa-rupanya ini asam gupal..



Resipi di sini

Aikk???Mana asamnya?

Kedudukan dan pungutan mata terkini Piala AFF Suzuki 2012

Kedudukan JUARA di tangga tercorot.

sumber

Sunday, November 25, 2012

Finalis Muzik-muzik Anugerah Juara lagu ke 27

1.Idola - Azlan Typewriter (Audi Mok)

2.Pelangi Senja - Stacy( Taja / Tun Teja)

3.Anak Kampung -Jimmy Palikat/ One Nation Emcee

4.Terukir Di Bintang-Yuna

5.Ombak Rindu - Hafiz & Adira ( Norzaidi Rahman )


6.Tanpamu - Amir Jahari

7. -Bedroom Sanctuary (Bo Amir Ikram)

8.Teman Pengganti -Black &  RJ

9.Kuakui - Hafiz ( Ajai)

10.Simetri- Amy Search & Hazama (Audi Mok & Firdaus)

11.Andai Ku Bercinta lagi - Mojo (Edry Abd Halim)

12.Patah Seribu -Shila Amzah

PERINGKAT AKHIR : 6 JANUARI 2013


AMY SEARCH - THE BEST

Tahniah Boboinga!

Tahniah Nabil Boboi kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama.Baby girl, putih melepak macam mama dia.

Sah bercerai TALAK TIGA!

Sampai hati kau ghimau.
Kenapalah kau kecewakan aku!



Ulasan selepas separuh masa pertama Piala Suzuki AFF 2012 antara Malaysia dan Singapura :Camana saya nak mula?

Camana saya nak mula?
Pause
(Terkelu pengulas di studio ni nak mulakan tugasan mengulas akan permainan antara Malaysia dan Singapura
Ini betul-betul.Bukan cubaan.
Jentera tengah tidak bernafas.
Jentera tengah hilang pedoman.
Shahril (Pemain Singapura No.17)bebas bergerak.
Pertahanan Malaysia longgar.
Izwan Mahbob(Mahbut?) sangat tenang mengawal bola.
Tiada target man untuk Singapura.Semua bahagian berfungsi berbanding Malaysia, asyik-asyik Safee Sali.Asyik-asyik Mat Yo.Baik bagi dia orang main berdua je.Uwekkk!!!
Pemain Malaysia perlu lebih fokus.Tak payah fikir kad kahwin ke apa, tak payah fikir mana-mana artis ke gosip ke.Yang penting menang.

Kalau kalah juga, baik main bola ni jelah ghimau!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tempahan Keychain felt

Fakta aku:
1. Tak suka Apexs (?) sebab banyak sangat kontroversi tak seiring dengan kejayaan
2.Tak suka Mat Yo apatah lagi konon dia nak ke Johor.
3.Tak suka Aidil.Alasan?Sama dengan Apexs






Malaysia 0 :Singapura 2.

   Rasanya malam ni ramai blogger yang dok mengadap TV.Apa lagi?Menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Singapuralah.Setakat masa ke 30 minit ni, kalau tak silap, Malaysia dah ketinggalan 1-0.Entahlah.Apa nak jadi.Aku malas nak tengok.Bukan apa, sakit hati masa perlawanan Malaysia dengan Bangladesh hari tu belum lagi hilang.Ni, dah tambah lagi luka di hati!Huhuhu!Baik aku layan blog lagi baik.

Bola itu bulat.
Tapi kenapa dapat result pun 'bulat'?

WHAT????????????????????????????
AKU MENAIP ENTRY NI BELUM PUN SIAP,
MALAYSIA DAH KENA DUA KOSONG!!!
CABUT JE GIGI TU RIMAU!

Scarlett O'Hara akan berhenti blogging. Sob!Sob!Sob!

Dengan berat hati dimaklumkan bahwa
Aku akan berhenti blogging buat seketika
kerana memberi laluan kepada
majlis kahwin anak sepupu aku.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Bukan tak boleh up date blog dalam kereta,
boleh tapi aku takut orang kata menunjuk-nunjuk pulak!
Jadi, aku akan berblogging balik SEBAIK SAHAJA AKU SAMPAI DI RUMAH PETANG NANTI.

Jangan marah ye!

Eh!Eh!Desktop awak tak rosaklah Cik Ceng!
Memang aku belum up date blog lagi ni.
Makan nasi minyak dulu.

Tandus tapi tiba-tiba banyak pulak!

  Semalam idea mencurah-curah.Tapi hari ni sebaliknya pulak yang berlaku!kenapa entah!Aku penat kot?Maklumlah bertungkus-lumus mencapai misi melipat baju.Hahaha...Akhirnya tepat jam 12.15 malam, rumah kemas, bersih, kinclong ( bahasa orang seberang, aku tiru di SCTV).Esok pagi-pagi, bolehlah bertolak ke Kg Teluk Empang, Pengerang, dengan senang hati.Apa lagi?Pergi majlis kahwinlah.Kali ni anak sepupu aku pulak yang kahwin.

   Siapa yang tak pernah ke Kg Teluk Empang, cepat-cepatlah ke sana kerana tak lama lagi kampung tu hanya tinggal nama je.Bukan diroboh, dilenyek dek steamroll tapi, semua penduduknya akan berpindah ke Taman Bayu Permai ( Kalau tak silap) yang disediakan kerajaan, dek kerana arus pembangunan.Bila sebut tentang kampung berpindah, macam-macam pro dan kontra aku dengar.Semua bijak berhujah mengalahkan Dato'Azlina, YB Pengerang yang manis bertahi lalat tu.

   Sebenarnya kan, benda apa pun kalau kita anggap negatif, maka akan jadi negatiflah dia.Jadi, bukalah minda sedikit dan terima perubahan.Takde maknanya kerajaan nak menganiaya penduduk kampung!Kalau betul, takdelah jutawan-jutawan dan OKB-OKB baru dari kampung tu sebulan dua ni.Eleh!Macam aku tak tau.Aku pun orang Teluk Empang juga. Sesiapa yang kata kerajaan penipu tu, cubalah berpijak di bumi nyata.

   Apa-apa projek pun mesti ada positif dan negatifnya.Nak positif je, mana boleh.Ibarat nak cantik, kenalah susah-susah, seksa sekejap pakai PREMIUM BEAUTIFUL, nanti bila dah serasi oklah.Rampinglah pinggang tu.Begitu juga kalau nak kulit cantik, takkan minum COLLAGEN sekali je, dan dan tu juga nak nampak cantik. Contoh lain macam buat blog.Takkan buat sehari je entry dah beribu-ribu macam TCR SCARLETT O'HARA.Hahahaha... Betul tak?Jadi, kalau nak senang, terpaksalah berkorban sikit tinggalkan kampung dan berhijrah ke tempat baru.Barulah ada angin perubahan.

   Opps!Tadi mula-mula menulis, tak tau apa nak tulis @ ketandusan idea.Tapi tiba-tiba, idea mencurah-curah pulak!Begitu juga tinggal di tempat baru.Mula-mula tentulah gondol je kawasan tu tapi lama-lama, ha engkau, macam-macam benda ada!Percayalah!Jadi, nasihat aku kepada orang Pengerang, (Aku tau ada orang Pengerang yang jadi stalker ni! ) terimalah perubahan dengan hati yang terbuka.Bila dah jadi jutawan @ OKB tu, janganlah lupa daratan.Tak maolah aku dengar, adik-beradik bergaduh sebab harta atau suami isteri bercerai berai sebab harta.Kalau agak-agak tak kuasa nak urus duit yang berkepuk-kepuk tu, ehem ehem... hantarlah ke Pasir Gudang.kecik tapak tangan, Stadium Perbadanan Pasir Gudang aku sediakan.


Nampak tak kedudukan Pengerang dan Pasir Gudang?
Dulu aku kecik-kecik, nak balik Pengerang kena naik bot dari Kong-kong.
Berapa jam entah.
Tapi sekarang dah ada highway.
Tak sampai sejam dah sampai.
Kan kesan positif pembangunan namanya tu?


Kita jugak yang tak kaya-kaya, ek Cik Yam!