Entah berapa hari dah aku perap idea ni.Maklumlah, dah dekat buka sekolah ni macam-macam kerja nak kena buat.Jadi, hari ni aku paksa diri aku untuk mencatat percutian hebat ke LEGOLAND.Cewah!!!! Setelah 'dipaksa' oleh ayah @ ayah sponsor le tu, aku dan kakak sekeluarga pun berangkat ke LEGOLAND pada hari Rabu, 18 Disember yang lalu.
Punyalah excited, malam tu, dekat pukul 1 kakak aku telefon bincang pasal baju apa nak pakai.Seronok bukan main-main.Anak-anak jangan katalah.Tapi lebih seronok kalau family kakak aku yang seorang lagi dan adik aku yang bertiga dapat ikut.Tapi, susah nak berkumpul .Konon esoknya paling lewat nak gerak pukul 7 pagi tapi 7.30 baru nak gerak.
Seminggu sebelum tu aku dah ke KOTA ISKANDAR jadi confident je tak lupa jalan.Tau-tau tersilap jugak.Nasib baik sesat kejap je.Kalau dari rumah tak sampai sejam dah sampai ke LEGOLAND.Dari jauh nampak biasa je tapi bila dah sampai di hotel yang indah warna-warni tu, wow!Speechless!So majestic!Siapa yang pernah sampai tu taulah maksud aku.
Hotel yang WOW!
Sila abaikan gambar family tu ye.Hahaha!
Lepas parking di Medini, terus menuju ke LEGOLAND.Jam dah pukul 9.40 pagi.Beli tiket kena tunjuk my card baru boleh dapat harga citizen.Untuk pakej Combo ( Theme Park + Water Park) harga seorang dewasa kurang 65 tahun adalah RM150.Kalau bukan warganegara RM175.Untuk kanak-kanak 3-11 tahun dan warga emas lebih 65 tahun harga seorang adalah RM120.Setiap tiket disertakan baucer makanan RM10.
Tiba-tiba, panik masa nak bayar tiket sebab abang ipar aku tak bawak my card!Alamak!Macam mana boleh terlupa ni?Suspens sekejap.Nasib baik anak dara comel di kaunter tiket tu terima juga sebab yang lain bawak my card.Dapatlah kita orang masuk.Yang seronoknya, bagi setiap tiket yang dibeli, kami diberi satu tiket percuma pakej combo untuk digunakan dalam bulan Januari 2014 kecuali cuti umum.Yeah!Bolehlah pergi lagi.
Selepas dapat tiket, kami pun segera ke Water Park kerana pukul 6 dah tutup dan kalau hujan, tak kira pukul berapa, pun ditutup dan TAK ADA REFUND!Jam dah pukul 9.55 pagi tapi tak boleh juga masuk.Kena juga tunggu 10.00 pagi.Fuyooo!Very punctual.Orang dah mula ramai.Sambil tunggu tu, kami ambik gambar buat kenang-kenangan.Sempat jugak aku interview petugas dari Germany.Ingatkan dari Sweden.Dah 2 tahun di Malaysia.Tapi, oleh kerana cuaca cerah, kami confident tak hujan dan pergi ke Theme Park dulu.
Ni lokasinya di surau perempuan.Tengok orang Lego tu.Bukan main cantik dengan baju kurung bunga-bunga.
Tepat jam10.00 pagi, kami pun masuk.Yahooo!Seronok kalahkan budak-budak!RM150 seorang macam mahal, kan tapi dengan segala macam benda boleh dicuba aku rasa harga tu sangat berbaloi.Mula-mula sekali kami naik 'Technic Twister'.Ala.... Tak mencabar pun.Tapi kakak aku dah takut peluk tiang.Hahaha!Lepas tu tobat dia tak nak naik apa-apa game.
Ini family kakak aku. Anak buah yang bongsu takde sebab budak tu berani sungguh.Segala macam game dia cuba.
Ini dia anak dara berani yang tengah tergantung masa gambar family dia aku ambik.
Lepas try games tak berapa nak mencabar tu, kami try pulak game-game lain.Ada project x, dan macam-macam lagilah.Tak sempat aku nak catat nama-namanya.Peta ada tapi mana entah.Semasa naik Project X, aku bertiga dengan abang ipar dan anak buah aku si Zarif.Satu coach untuk 4 orang je.Kakak aku langsung tak nak cuba.Bila dah start laju, mak aihhh macam tercabut jantung.Nasib baik cermin mata kena bukak jadi aku tak nampak apa-apa.Tapi sepanjang cabaran tu aku pejam mata je sambil gelak walau pun dalam hati tuhan je yang tahu.Nasib baik selamat sampai di bawah.
Ni gambar siapa entah aku snap time naik Project X.
Selepas mencabar diri di Project X, kami try pulak 2 lagi roller coaster apa entah namanya.Dua-dua mencabar tapi naik ramai-ramai.Salah satunya di Kota Naga.Sempatlah tengok naga Lego warna merah.Nak jugak ronda-ronda dalam kota naga tu tapi takut masa tak sempat.Budak-budak dah sibuk nak mandi-mandi.Kalau hujan, sia-sia je kena balik.
Bergambar kenang-kenangan selepas melawat naga merah.
Opps!Dah azan Isyak dah.Aku sambung siri ke 2 nanti ye.
*BERSAMBUNG*
0 comments:
Post a Comment