Aku tahu di zaman moden ni ramai yang stress.Aku pun pernah mengalami stress yang teruk.Punca utama bukan setakat kerja tetapi juga kesihatan, perkahwinan dan juga kewangan.Macam aku, stress utama adalah kesihatan.Mula-mula rasa macam nak terjun Menara Aqabah.Tapi, mujurlah aku cepat sedar yang semua tu ujian Allah.Jadi, sakit ke sihat ke aku cuba elakkan stress.
Berdasarkan pengalaman, ada beberapa cara yang aku cuba untuk menghilangkan stress.Mula-mula tu memang rasa boleh handle sendiri tapi kalau badan dah beri isyarat yang aku perlu pertolongan, maka aku mesti cari pertolongan.Daripada aku mati katak bawah bangunan, kan?OK.Di sini aku kongsikan beberapa cara yang aku cuba untuk menghilangkan stress.
1.Membaca Buku: Cara ni bagi yang ulat buku macam aku.Yang 'ulat bulu' jangan cuba.Nanti makin stress.Hehehehe!Antara buku yang aku suka sangat adalah Interlok, Siri Enid Blyton ( walau pun cerita budak-budak tapi aku suka sangat), Kehinde karya Buchi Emecheta dan lain-lain.Aku juga suka baca hikayat contohnya Hikayat Malim Deman.Aku juga suka sangat baca dictionary.24 jam ada dictionary kecik dengan aku.Selain tu aku akan cari Grammar Book besar gajah aku bila aku stress.Nak cuba?Oh ya!Siri-siri rakyat melayu atau luar negara pun aku suka.Ala cerita-cerita dongeng pun.
2.Buat kraftangan: Karftangan ni tak perlu keluar belanja besar.Tak kiralah felting ke apa yang penting boleh mmbunuh stress.Pilihan aku adalah felting dan juga cross stitching.Seronok bila tengok hasil kerja tangan sendiri.Kalau tak suka felting dan cross stitching, boleh try buat bunga riben ke atau kfar jenis lain.Mudah-mudahan hilang stress tu.
Aku buat cross stitch ni khas untuk anak-anak dara aku.
3.Menjahit: Ini pun my passion.Time stress aku suka reka baju.Dulu-dulu pernahlah aku reka dan jahit sendiri gown ala-ala princess anak-anak dara aku.Tapi sekarang anak-anak dara aku dah besar jadi aku fokus pada menjahit baju kurung jelah.Selain menimatkan duit sebab tak perlu upah orang, boleh juga menghilangkan stress.
4.Blogging: Itu sudah semestinya!Tapi kenalah pastikan line ok.Kalau slow macam kura-kura tercekik, baik jangan blogging.Makin tambah stress rasanya.Time blogging bolehlah menjenguk ke blog-blog hebat contohnya blog Mia Liana, Ben daddy si Qhaliff atau Mak Dara. Selaindapat hilangkan stress, dapat juga tambah pengetahuan dan kenalan.
5.Jaga mak:Bagi yang ada emak yang dah uur macam emak aku, bolehlah hilangkan stress dengan jaga emak.Tolong masak, kemaskan rumah emak, mandikan emak dan yang paling aku suka buatkan tocang rambut emak.Masa aku kecik-kecik dulu emak tocangkan rambut aku.Bila dah tua ni biarlah aku pulak tocangkan rambut emak.Lagi pun ini cara terbaik untuk elak rambut emak jadi kusut.Emak pun suka.Aku memanglah suka sebab hilang stress aku.
6.Belai kucing:Dulu kucing aku ada seekor je, Si Panji, bujang badan ketak-ketak macam Wan Wala.Tapi sekarang aku ada 5 ekor kucing termasuk si Oyen, Nunez, Cici dan Ibu Putih.Bila aku stress je, aku mandikan si Oyen 3 beradik atau paling senang aku belai dan peluk je mana-mana kucing aku yang ada.Tapi sebelum tu aku kena pastikan aku makan ubat alahan kucing dulu.Kalau tak makin stress pulak nanti.Bila tengok kucing-kucing aku comel je dan bau wangi lepas mandi, aku pun hilang stress.
Si Ibu Putih dan anak-anaknya yang dah jadi arwah
7.Layan anak buah :Yang ni kalau time ada budget lebih, aku layan anak-anak buah aku gi makan kat Johnny's ke atau makan belangkas.Kalau tak pun aku belilah apa-apa cenderamata kecik yang tak berapa mahal untuk dia orang.Kalau tak de budget juga, aku suka tengok anak-anak sedara aku main ke perang-perang ke.Mana yang anak dara tu, aku suka dandan rambut sia orang.Hilang stress aku.
8.Menonton TV :Masa aku terhad.Banyak benda nak dibuat.Jadi, bila ada masa dan nak hilangkan stress, aku akan menonton apa-apa cerita menarik yang aku rakam.Guna PVR ni sebenarnya bagus.Jimat masa sebab aku boleh forward time iklan.Tak kuasa aku nak tengok iklan time stress.Terutama di TV3 tu.Melampau banyak tahap gaban dia orang tayang iklan.Tengok Karoot Kemedia,ke Maharaja Lawak ke atau lain-lain rancangan yang boleh buat aku ketawa, boleh membantu aku menghilangkan stress.Oh ya.Aku baru menonton Janin Emas lakonan si kecik Puteri Balkish.Fuh!Hebat budak kecik tu berlakon.Kalah Risteena yang berlakon ala-ala tiang.
Gambar Google.
Mudah-mudahan jadi pelakon hebat yang tak lupa jati diri Melayu dan Islam.
Ok.Aku share 8 cara dulu.Dah aan Isyak dah.Stop jap.