Showing posts with label Harian Metro. Show all posts
Showing posts with label Harian Metro. Show all posts

Friday, January 17, 2014

Histeria, kembar tak siam dan manuk gemek.

   Lepas sembahnyang maghrib, aku ke rumah emak macam biasa.Badan masih tak berapa sihat tapi kalau tak jenguk emak, takut emak ternanti-nanti pulak.Sampai rumah emak, dua orang anak buah aku dah ada menunggu.Macam biasa, aku mula kemas sikit rumah emak dan jenguk apa yang ada di dapur.Ayah dah siap masak nasi sebelum ke masjid.

   Malam semalam, aku tak ke rumah emak kerana menyiapkan kerja sekolah sampai jam dua.Sedih pulak bila aku dapat tahu, lepas ayah balik dari masjid dalam pukul 9 malam, baru ayah nak memasak untuk ayah berdua dengan emak.Sedangkan aku sebelum jam 7 lagi aku dah kenyang.Tak patut betul aku jadi anak.Hu!Hu!Hu!

   Balik kepada cerita malam ni, selepas aku kemas-kemas rumah emak, aku baca suratkhabar sambil baring.Badan masih lagi rasa seram sejuk. Cerita dalam suratkhabar, kes histeria di SMK Tg Puteri Resort.Adik aku mengajar di sana.Tak sabar nak dengar cerita adik aku.Cerita dalam HARIAN METRO kadang-kadang bukan boleh percaya sangat.Opps!Lepas tahu cerita sebenar nanti, barulah aku cerita pasal histeria di sekolah adik aku tu.

   Lebih kurang dalam jam 9 malam, kakak sulung aku sekeluarga juga balik ke rumah emak.Yahoo!Memang seronok kalau kakak aku balik.Boleh berborak malam-malam.Paling seronok cerita hantu.Tak lupa juga seronok ingat balik kenangan zaman kecik-kecik semasa tinggal di kampung dulu.Aku pun tidur rumah emak malam ni.

  Semasa aku menaip ni, jam dah pun 11.47 malam.Tapi, rumah emak masih riuh.Anak-anak saudara aku sedang seronok makan maggi kari.Kakak dan abang ipar aku pulak tengah seronok cerita tentang 'manuk gemek'.Aku pun baru first time tahu apa tu 'manuk gemek'.Nak tau?Jap lagi aku share gambar 'manuk gemek'.



Kembar tak siam.
Aku dan kakak.


Inilah 'manuk gemek' aka burung puyuh.

ps: Sekarang ni ayah pun join cerita pasal susur-galur keturunan aku.Tiba-tiba, aku rasa makin sihat pulak.

: )


Wednesday, September 4, 2013

Masalah!Masalah!

   Terbaca di Harian Metro hari ini,seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun terjun dari bangunan sekolah.Akibatnya, tentulah cedera parah.Dilaporkan pelajar tersebut berbangsa Cina.Kalau dulu, bila ada kes-kes begini, anggapan umum adalah orang cina atau India.Dengan kata lain, bukan melayu @ islam.Tapi hakikatnya, tahun 2013 sekarang ni, orang melayu @ islam pun ada yang bunuh diri @ cuba bunuh diri.Betul tak?

  Bukan silap ibu mengandung tetapi mungkin keadaan yang menyebabkan.Orang boleh kata, iman tak kuatlah.Perangai macam budak-budaklah dan 1001 kecaman lagi.Tetapi, hanya mereka yang mengalaminya saja yang faham mengapa kadang-kadang rasa nak bunuh diri. Maka di sini, peranan orang terdekat adalah sangat penting.Orang terdekat paling dekat adalah 'keluarga'.

   Kalau zaman 70an atau 80an dulu, memang 100% boleh diterima bahawa keluarga adalah golongan yang terdekat.Tapi zaman sekarang ni, aku tak yakin.Contoh paling mudah, bila tanya anak-anak murid aku yang bermasalah, mereka lebih rela berkongsi masalah dengan kawan atau guru daripada meluahkan pada keluarga tak kiralah sama ada ayah, ibu atau adik-beradik.Jadi, peranan mereka yang paling dekat tu seolah-olah berpindah pada kawan atau guru.

   Apa pun, nasihat aku pada mereka yang ada simptom kemurungan atau perlu seseorang untuk berkongsi masalah, carilah seseorang untuk berkongsi.Tapi awas, jangan terlalu mudah bercerita pada sesiapa kerana takut cerita seinci jadi sedepa.Kalau susah sangat, jumpalah dengan mereka yang pakar sama ada di klinik atau hospital.Yang penting, jangan simpan sendiri kerana sangat tidak baik untuk jangka panjang.

   Aku pun tengah ada masalah sekarang....................
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Kucing aku si Panji ni ha. Asyik nak makan je.
Sekejap-sekejap mengiau.
Sampai tak sempat hidang makanan dalam pinggan!

Sunday, March 31, 2013

Hukum makan belangkas

   Baru-baru ini ada anak murid aku yang mengatakan bahawa ustazah sekolah agamanya memberitahu bahawa memakan belangkas hukumnya adalah haram.Alasannya adalah, belangkas adalah haiwan dua alam.Aku pun try cari maklumat betul atau tidak kata-kata ustazah tu. Kebetulan, aku terjumpa artikel di Harian Metro bertarikh 30 Mac 2013, muka surat 26.Berikut, aku kongsikan apa yang tertulis di artikel tersebut.

   Belangkas atau limulus moluccanus adalah sejenis ketam yang besar dan berekor seperti mata sangkur, biasanya terdapat berpasang-pasangan.   Ia adalah sejenis haiwan SATU ALAM yang hidup di laut masin dan di sekitar paya air tawar.IA HANYA NAIK KE PANTAI UNTUK BERTELUR DAN TIDAK BOLEH KEKAL HIDUP DI DARAT KERANA BERNAFAS MENGGUNAKAN INSANG.

   Sesetengah orang memakannya namun tidak kurang juga yang belum mencubanya mungkin kerana beranggapan ia haram.Nmaun,mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2011, tiada nas qatie (dalil jelas) yang mengharamkan manusia memakan belangkas.Malah, menurut Muzakarah Jawatankuasa itu, hukum MEMAKAN DAGING ATAU ISI DAN TELUR BELANGKAS ADALAH HARUS.

   Keputusan itu dibuat selepas membuat pertimbangan sewajarnya termasuk MENELITI KETERANGAN DARIPADA PAKAR HAIWAN HIDUPAN AIR.Ia juga selaras dengan pandangan jumhur ulama yang menyatakan haiwan tinggal di darat semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan.   KESIMPULANNYA:HUKUM MAKAN DAGING DAN TELUR BELANGKAS ADALAH HARUS.


Isi dan telur belangkas.



Gambar Google
Belangkas hidup


Gambar Google

Apa pulak hukum makan ikan tembakul ni ye?

Saturday, December 24, 2011

Habis hilang selera aku!

   Siapa baca Harian Metro hari ni?Aku baca!.. dan akibatnya aku hilang selera nak sarapan pagi.Menyampah!Meluat!Tak habis-habis kisah anak dara Melayu (nama Huda, Melayulah agaknya kan?) yang tertipu dek Awang Hitam!Aku rasa,tak payahlah mana-mana surat khabar tulis kisah macam ni.Buat sakit hati je.Tulah sebab jarang-jarang aku baca Harian Metro!Baik aku baca New Straits Times!