Baru-baru ini ada anak murid aku yang mengatakan bahawa ustazah sekolah agamanya memberitahu bahawa memakan belangkas hukumnya adalah haram.Alasannya adalah, belangkas adalah haiwan dua alam.Aku pun try cari maklumat betul atau tidak kata-kata ustazah tu. Kebetulan, aku terjumpa artikel di Harian Metro bertarikh 30 Mac 2013, muka surat 26.Berikut, aku kongsikan apa yang tertulis di artikel tersebut.
Belangkas atau limulus moluccanus adalah sejenis ketam yang besar dan berekor seperti mata sangkur, biasanya terdapat berpasang-pasangan. Ia adalah sejenis haiwan SATU ALAM yang hidup di laut masin dan di sekitar paya air tawar.IA HANYA NAIK KE PANTAI UNTUK BERTELUR DAN TIDAK BOLEH KEKAL HIDUP DI DARAT KERANA BERNAFAS MENGGUNAKAN INSANG.
Sesetengah orang memakannya namun tidak kurang juga yang belum mencubanya mungkin kerana beranggapan ia haram.Nmaun,mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada Februari 2011, tiada nas qatie (dalil jelas) yang mengharamkan manusia memakan belangkas.Malah, menurut Muzakarah Jawatankuasa itu, hukum MEMAKAN DAGING ATAU ISI DAN TELUR BELANGKAS ADALAH HARUS.
Keputusan itu dibuat selepas membuat pertimbangan sewajarnya termasuk MENELITI KETERANGAN DARIPADA PAKAR HAIWAN HIDUPAN AIR.Ia juga selaras dengan pandangan jumhur ulama yang menyatakan haiwan tinggal di darat semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan. KESIMPULANNYA:HUKUM MAKAN DAGING DAN TELUR BELANGKAS ADALAH HARUS.
Isi dan telur belangkas.
Gambar Google
Belangkas hidup
Gambar Google
Apa pulak hukum makan ikan tembakul ni ye?
0 comments:
Post a Comment