Friday, March 1, 2013

Mengapa harus begini jadinya?

   Hampir 2 minggu tak up date blog disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan.Mula-mula mood excited giler.Maklumlah lama tak jumpa kawan-kawan cyber.Tapitiba-tiba, mood hilang ke laut.Semuanya gara-gara kes di Lahad Datu, Sabah.Cuba baca petikan dari Bernama yang dikongsi oleh Lulu Caldina.

Dua komando polis terbunuh selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata, mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu selepas diarahkan pihak berkuasa.

Pada jam 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

- BERNAMA


   Krisis Lahad Datu telah membunuh  G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO.Tiada kata yang dapat mengubat hati mereka yang ditinggalkan.Hanya doa mudah-mudahan mereka tabah menerima dugaan Allah.Sesungguhnya mereka yang terkorban adalah pejuang.AL FATIHAH buat Insp Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin.



Tiba-tiba aku rasa amat marah tapi pada siapa?
That 'so called Sultan Sulu?

1 comments:

ewanthology said...

patutnya dibunuh sahaja penceroboh tersebut.

Post a Comment