Saturday, March 2, 2013

Ya Allah!Berderet-deret panjang!

   Kalau ada orang kata aku penipu, katalah.Tapi, apa yang aku nak kongsikan ini adalah fakta sebenar.Maksud aku, fakta sebenar tentang kerja-kerja yang aku kena selesaikan dalam 2 hari cuti hujung minggu ni.Maksud aku adalah tentang jumlah kerja yang aku mesti selesaikan.Kerja-kerja ni tak termasuk kerja rumah rutin orang perempuan.Yang tu aku KIV dulu.Mana ada masa nak buat.Tangan ada 2 je.Hmmmm....... Meh aku tunjuk jap kerja-kerja yang aku maksudkan....

1.Menanda buku .Jumlah buku ada 3.Kelas aku ajar ada 5.Satu kelas lebih kurang 35 orang.Dah berapa tu ye?

2.Menanda paper English Ujian 1.Jumlah kelas 5.Satu kelas lebih kurang 35 orang.Ha, darab jelah nak tau berapa jumlah smeua.

3.Laporan Mentor mentee.

4.Laporan koko.

5.Kertas kerja minggu bahasa

6.Kertas kerja EW20.

7.Kertas kerja LET.

8.Kertas kerja Debate.

9.Key in SAPS.

10.Buat minit curai.

11.Check minit mesyuarat panitia 1 dan 2 dan siapkan segala mak neneknya macam surat panggian, borang maklum balas, borang kehadiran, borang edaran dll.

12.Siapkan pamplet kelas bertema.Anak murid aku dah buat tapi maish kena murnikan lagi.

13.Add mentee-mentee aku yang seramai 12 orang di FB supaya senang kami nak berhubung.

14.Check 2 proposal Projek IRDA sebelum submit hari ni juga sebelum jam 11.59 malam.Budak-budak janji nak email malam tadi, tapi tak de pun lagi.Ni buat aku hot ni.Ni projek kaunselor tapi aku pulak yang kena pantau.Ikhlas jelah.

15.dan lagi...

16.dan lagi...

17.dan lagi....

Bukan nak komplen tapi nak protes je.INGAT AKU NI ROBOT KE? Sekali fikir pendek, aku rasa nak letak jawatan je!!!GRRRRR!!!!!

Nak letak gambo pun tak de mood.



2 comments:

whitecappuccino said...

mak aiiii! berderet! sabo je làa...

aleasara said...

gulppppp!takpe tarik nafas pjg2 pekena dulu nescafe tarik then continue kerja he3...wish all the best teacher ^^

Post a Comment