Sunday, March 31, 2013

Effa Owana kahwin mek ganu putih sepuk!

   Selamat pagi!Apa sarapan pagi anda hari ini?Roti?Kuih?Laksam?Lontong kering, Roti canai?Nasi lemak?..... Fuh!Panjang sungguh senarai sarapan pagi orang Malaysia rupanya.Tu tak termasuk yang ke McD pagi-pagi buta semata-mata nak bersarapan.Betul.... Tak kiralah apa sarapan pagi kita.Yang penting sarapan.Pakar telah membuktikan bahawa sarapan pagi tu amatlah pentingsebagai persediaan hari tersebut.

   Jujurnya sarapan pagi aku semasa ke sekolah hanyalah roti sekeping dan milo secawan.Bukan nak diet, cuma memang perut jenis kecik.Tak larat nak makan banyak.Hari ini,oleh kerana masih cuti, aku teringin sangat nak makan sarapan pagi zaman jepun.(Agaknya kot sebab aku pun manalah ada zaman jepun tu.Cuma dengar-dengar cerita je) Sarapan ni istimewa kerana zaman aku kecik dulu aku suka sangat tabur gula atas dia,kemudian gulung ala-ala durian crepe tu.Entah dah berapa kurun aku tak mkan sarapan ni.Sarapan yang aku maksudkan adalah .......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Lempeng!

   Walaupun rupa lempeng aku ni agak hodoh dengan kulit berkedut dan jeragat, tapi rasanya fulamak!Best sangat!Lebih-lebih bila dicicah dengan sambal tumis.Tapi, perut aku tak tahan pedas dan ambik masa lama nak buat sambal tumis.Tengok dalam gobok ada susu, madu dan gula.Emm.... Semua tu manis.Aku tak berapa suka benda manis.... Fikir lagi.... Oh yes! Makan dengan benda ni pun sedap....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sambal kicap!

  Yes!Boleh le tu.Lempeng dengan sambal kicap.Ibarat pebandingan Effa Owana kahwin dengan mek ganu yang putih sepuk come lote!

0 comments:

Post a Comment