Cerita tentang loghat atau dialek, teringat pulak aku sebuah kampung yang pernah berjiran dengan kampung lama aku suatu waktu dulu.Kampung lama aku tu dah tak de tetapi kampung jiran aku tu masih ada.Bila ada kenduri kahwin atau hari raya, aku masih lagi ke sana mengunjungi kawan-kawan.
Yang istimewanya tentang kampung ini ialah penggunaan dialek khas untuk orang kampung itu saja.Mereka tak gunakan 'saya' tetapi 'kami'.Perkataan 'awak' pulak menjadi 'mika'.Aku tak pasti akan asal penggunaan dialek lain daripada yang lain di kampung tersebut.Setahu aku, di negeri Johor ni tiada tempat lain yang menggunakan dialek sedemikian.Bila dengar lenggok bahasanya pun lain.
Kampung tersebut adalah sebuah kampung tradisional nelayan.Tapi zaman sekarang ni kampung tu pun dah maju.Ada homestay dan sebagainya.Tinggalan sejarah yang ada adalah 'perigi panglima Acheh' kerana kononnya suatu waktu dulu ada panglima dari Acheh yang telah singgah ke kampung yang terletak di tepi pantai ini dan menggali sebuah perigi.Kalau tak silap, perigi tersebut masih wujud dan airnya tak pernah kering.Kata orang, walau pun peigi ini terletak di tepi laut, airnya tetap tawar.
Bertentang dengan pantai kampung ini pulak kita boleh lihat Pulau Ubin milik Singapura dengan sangat jelas.Waktu air surut, silap-silap boleh berenang je ke Pulau ubin.Semasa aku tinggal di kampung lama dulu, selalu jugalah aku adik-beradik berkunjung ke pantai kampung tersebut.Selain untuk mengambil angin laut, waktu air surut, ramai juga yang 'berkarang' iaitu aktiviti mencari siput laut di tepi pantai.Tapi sekarang, yang tinggal hanyalah, kenangan terutama apabila berjumpa teman-teman dari kampung berkenaan yang masih pekat menggunakan dialek mereka yang istimewa; Mika nak ke mana?Kami nak ke laut!
Untuk info tambahan, boleh tanya En.Mohd Zaid tuan punya gambar.
Gambar Google
Nampak tak Pulau Ubin?
0 comments:
Post a Comment