Sunday, March 10, 2013

SAPS vs ASTRO BELLA

   Baru selesai key in markah Ujian ! dalam SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.Walaupun semasa aku mula key in tadi, baru jam 7.30 pagi, telah ada seratus lebih guru yang sedang key in.Jam 2 pagi pun ada yang key in.Ini membuktikan guru-guru sangat komited dalam kerja.

   Sentuh tentang SAPS,dan lain-lain tugasan yang memerlukan para guru menggunakan internet, bagi aku ok je.Malahan rasa seronok pulak.Kalau asyik menulis je tentu membosankan.Setakat aku guna mana-mana sistem untuk tugasan guru tu, aku rasa takdelah masalah seperti yang selalu aku dengar.Memanglah kadang-kadang lambat sikit nak loading, tapi itu kadang-kadang je.Kalau asyik lambat loading je, tentu ada masalah yang lain agaknya.

   Tentang lesson plan yang tak menggunakan buku pun, aku rasa seronok.Pertama kerana aku memang tak berapa suka menulis.Aku lebih suka menggunakan komputer.Kedua, senang nak edit apa yang patut mengikut kesesuaian.Ketiga, sangat cepat dan efisien.Ini pendapat akulah.Walau pun aku ni tak berapa muda tapi aku seronok guna teknologi ni.Kalau blogging boleh, takkan buat kerja sekolah tak boleh kan?

   Teknologi sekarang ni pun memudahkan aku berhubung dengan anak-anak murid.Contohnya, bila ada masa, aku akan check email atau mesej di FB.Mesti ada anak murid aku yang tanya macam-macam soalan.Jadi sebelum ke kelas,bolehlah aku search dulu apa maklumat yang patut.Anak-anak murid aku pun rasa seronok.Sesekali mintak mereka hantar homework guna email.Barulah budak-budak tu bersemangat.Kan?

   Oklah.Kena stop dulu.Mengemas rumah kemudian makan ubat.Lepas zohor, boleh ke rumah pengantin anak murid aku yang nak menikah.Dapat jodoh orang sekampung.Alhamdulillah...... Petang nak menanda buku anak-anak murid pulak.Time rehat?Masa aku menonton program TLC atau telenovela yang aku rakam di ASTRO Bella.Sambil menyelam minum air.Jumpa lagi.





Siapa biasa menonton TLC dan ASTRO Bella,mesti kenal selebriti berdua ni.

p/s:Sambil tu jangan lupa ikuti perkembangan terkini tentang Sabah.

1 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

hmmm...xtau sgt pasal ni sbnrnya.. heee

Post a Comment