Mesej di atas aku pernah baca di Harian Metro atau Utusan Malaysia baru-baru ni.Rasa nak tergelak pun ada.Reaksi akulah: Aku memang marah kalau anak-anak murid kesayangan aku tak buat kerja rumah, tapi marah-marah sayang.Aku memang denda tapi denda suruh buat pembetulan 2,3,5 kali ikut berapa kali aku dah beri warning. Aku memang langsung tak pernah merotan anak-anak murid aku di sekolah menengah.Semasa di sekolah rendah dulu adalah juga sesekali guna pembaris tapi pun rotan-rotan sayang je. Tindakan disiplin lain?Errr..... emmmmm...... Memang tak pernah.
Tapi kan, kalau semua tak boleh, janganlah marah pada kami kalau keputusan peperiksaan anak-anak anda tak memuaskan.Maklumlah budak-budak, ada setengah tu, dah kena marah baru nak buat kerja sekolah.Kalau tak marah, jangan harap.Hampeh!Tambahan:Aku ajar kucing kesayangan aku pun pakai 'pukul'.Pukul manja-manja je di kaki supaya dia masuk rumah pandai kesat kaki dulu.
1 comments:
pljr ni cm paku, kn tukul br nk gerak wt kje. hihi
Post a Comment