Thursday, March 14, 2013

Awak pun dapat saham!

   Tugas aku bukan setakat mengajar.Aktiviti Kokurikulum pun kena buat juga.Selain menjadi guru penasihat Kelab JRobik, aku juga guru penasihat kelab Kebudayaan dan Tarian.Dari mengajar sekolah rendah lagi, aku dah ditugaskan bab-bak tarian ni.Macam jawatan tetap dan berpencen pulak.Kalau boleh, dah tua-tua ni aku malaslah nak menari-menari ni.Tapi, dah tugas, apa nak buat.....

    Bila dah menari, takkanlah semua perempuan je kan?Atas nama 'kebudayaan' terpaksalah aku relakan lelaki perempuan menari bersama.Aku serba salah tau.Walau pun atas nama ' kebudayaan', salah tetap salah.Dosa tetap dosa.Oleh kerana aku yang memantau budak-budak tu,aku terasa aku pun berdosa sama.Emmmm..... Ibarat kata seorang kakak senior tu; Awak pun dapat saham dosa, tau!Jadi,harap-harap, tahun depan adalah peluang aku jadi penasihat kelab lain pulak.Cukuplah dengan zaman menari Cha-cha masa aku tingkatan 2 dulu hingga ke tahun 2013.Aku pun nak tambah pahala juga!

-
-
-
-
-
-
-
-
-


Errr.... tak berapa sesuai kan?
Apa pendapat anda?

2 comments:

Unknown said...

kalu dah rasa tak bes tu, tayah buat la. bagi org lain plak buat.

takpun, asingkan laki ngan pompuan.
ada kan tarian kebudayaan yg bleh nari asing-asing?

Izwa Kamaruddin said...

hurmmmm..

Post a Comment