Sunday, March 3, 2013

Tak tau tajuk apa nak letak

   Kes Lahad Datu masih buat aku sedih.Tak de mood nak buat apa-apa.Hatta nak blogging sekali pun.Tu yang rasa pelik sikit tu.Dah setengah jam aku dok mengadap Cik Lenovo aku ni tapi tak de idea yang mengalir.Biasanya laju je macam air parit lepas hujan di hujung kampung aku.

   Tapi, blogging tetap blogging.Itu dah mesti.Sambil tu, aku dok perhati kain baju berlonggok depan TV.Kejap lagi boleh le aku lipat sambil menonton 2,3 telenovela yang aku rakam di ASTRO Bella.Kertas Ujian 1, 5 kelas aku tu pun, langsung aku tak sentuh lagi.Entahlah, bila makan ubat, rasa mengantuk semacam je.Dahlah makan ubat 3 kali sehari.Alasan le tu.

   Berbalik pada 'cerita up date blog' tadi, teringatlah pulak aku pada sesi mentor mentee hari Jumaat lepas.Ala... sistem ala-ala anak angkat kat sekolah tu.Aku dapat semua anak angkat lelaki.Biasalah... aku kan mak yang sporting jadi aku pun koreklah rahsia kalau-kalau anak-anak aku tu ada kekasih atau istilah mereka awek.

   Rupa-rupa, daripada 8 orang, 6 orang dah ada awek.Umur baru 16 tahun tapi aku mengakulah dia orang memang nampak matang.Yang menariknya tu, ada seorang anak angkat aku tu mengaku yang awek dia seorang gadis Iban.Dah mula bercinta sejak tingkatan 2.Fuyooo!!!'Hebat' betul budak ni.Aku tanya, mak ayah tau tak.Dia kata mak ayah dia dan awek dia tak kisah.Dia orang dah tau.Asal pandai jaga diri.Fulamak!Lagi sporting emak bapak anak angkat aku ni.Kalau aku sendiri, anak belum 21, jangan harap nak menggatal bercintan-cintun.Memang kena lepuk dengan aku.

   Tapi aku ambik positif jelah.Mudah-mudahan, betullah anak angkat aku dan awek dia budak Iban tu pandai jaga diri sebab di kelas tak pernah pulak aku nampak dia orang bercinta walau pun memang dia orang sekelas.Matanglah tu.Kan?Bukan macam setengah-setengah artis tu.Bercinta tak ingat dunia.Kan?kan?



Tiba-tiba teringat pulak pada anak murid aku yang genius ni.
Tapi, dia pun dah tak ingat pada aku.
   

0 comments:

Post a Comment