Monday, March 11, 2013

Guru pun menari juga.

   Mood blogging dah datang balik sikit-sikit.Kira-kira 60% rasanya.Tapi tak dapat nak blogging betul-betul kerana kekangangan masa.Biasalah, bila dah jadi cikgu ni, balik rumah, bukan boleh sangkut kerja sekolah di pagar tetapi terpaksa angkut sampai bilik tidur.Silap-silap hari bulan, tidur pun dengan buku.Mimpi pun mimpi sekolah.

   Tapi, rutin di sekolah kadang-kadang menghiburkan juga dengan keletah anak-anak murid walau pun anak-anak murid aku tu lebih besar dari aku kebanyakannya.Maklumlah dah 16, 17 tahun.Kalau zaman dulu, dah boleh kahwin dah.Tapi anak murid aku maish main kejar-kejar.Manja bukan main.

   Selain meeting, rutin aku sebulan dua ni adalah melatih anak-anak murid aku.Ala.... Bukan aku yang mengajar sepenuhnya pun.Aku cuma pantau je.Step tarian tu anak-anak murid aku tu sendiri yang reka.Gifted dengan bakat budak-budak tu.Selain zapin yang memang popular di Johor, kami tarikan juga tarian joget, asyik kontemporari dan asli.Lenggok gemalai anak-anak murid aku menari tu jadi terapi minda dan emosi buat aku.Untuk sambutan Hari Guru pulak kami cadang nak buat tarian ala-ala Bollywood selain pertunjukan pakaian tradisional ala-ala catwalk.Mudah-mudahan, terlaksana seperti dirancang.

Yang ni zapin .


Yang ni asyik kontemporari


Yang bertali leher tu seorang guru yang sangat komited dan banyak membantu aku.

   Kalau nak cerita hal sekolah, sampai esok pun tak habis.jadi aku off dulu untuk bagi laluan rutin seterusnya iaitu menanda buku sambil menonton berita jam 8.00.Nak tau juga kesudahan krisis di Sabah tak kiralah Lahad Datu atau Semporna.Menari-menari juga, Op Daulat kena ambil tahu juga.
   

1 comments:

P#eoniX said...

heheheh...bwatlah flash mob kat skool...mesti best...huhuhuhh!!!

Post a Comment