Monday, June 16, 2014

Ayam sekolah dan OCD

   Aku nak minta pendapat tentang ayam sekolah.Maksud aku bukan ayam pergi sekolah tetapi memelihara ayam di sekolah.Ceritanya begini....Di sekolah aku ni ada satu aviary opss kandang besar dengan 4 ekor ayam;1 jantan 3 betina.Ayam betina tu dah mengeram pun.Memanglah comel ada ayam ala-ala zoo gitu tapi aku rasa kotorlah....

   Pertama, memang sah pada aku kotor sebab ayam tu tak mandi.Sorry!Sorry!Jangan marah aku buat lawak!Hehehehe!Maksud aku mesti ada habuk atau bulu atau apa-apa jelah yang terhasil dek ayam tu.Bila ayam-ayam tu poo poo, lagilah kotor.Setakat ni aku tak nampaklah pulak ada sesiapa tolong bersihkan kandang tu jadi dah sah makin lama tentu t*** ayam makin banyak.Eeeeiii!Geli tak?

   Kedua, entah kenapa aku risau sangat ada penyakit berjangkit yang mungkin akan disebarkan olah ayam-ayam yu,Maklumlah... ayam-ayam tu tak pernah pun jumpa vet.Mesti tak sihat 100%.Entah-entah banyak kutu cadbury di bulu-bulu ayam tu.Kata orang kena gigit kutu cadbury tu sakit tau!Cuba bayangkan kalau-kalau ada anak murid aku yang kena.

   Ketiga, tempat ayam-ayam tu dipamerkan sangatlah tak sesuai.Betul-betul di tengah-tengah antara kantin dan pusat sumber.Setakat ni memanglah tak de bau tak menyenangkan tapi entah kenapa kepala otak aku asyik terbayang je kuman, bakteria, hama dan entah apa lagi makhluk lain berasal dari ayam tu dok berterbangan time anak-anak muird aku makan.Apatah lagi bagi mereka yang makan di bangku-bangku di sekeliling kandang ayam tu.

   Keempat, kalau tak silap aku lah, dalam kawasan MPPG ni tak boleh bela ayam ikut suka.Contohnya kalau nak bela ayam di kawasan perumahan tentu ramai yang membantah atas alasan kebersihan dan kesihatan.Ini apatah lagi, dalam kawasan sekolah.Hmmmm apa pendapat anda?Nak je aku beritahu Bonda Pengetua supaya alihkan je kandang ayam tu jauh di belakang kawasan sekolah kalau masih nak pelihara juga.Kalau tak, memang aku tak lalu kawasan tu selalu sebab aku tak sanggup ternampak kuman, bakteria, hama dan yang sespesis dengannya dok melambai aku bila aku lalu?Tak logik?Apa pulak tak logik?Kan aku OCD!


Handsomenya ayam ni.  

3 comments:

PetakBunga said...

setakt 3,4 ekor ayam.. xde pnyakit pelik2 lah..
jgn diberk merata udah.. ada sangarnya

grOundnUt said...

Memey nak bela menatang seperti ayam atau belaan² (bukan hantu) wajib lah menjaga kebersihan, paling tidak untuk ayam² itu sendiri dan juga kawasan persekitaran...takut nanti dari kotoran yang ada tu lah membuatkan serangan batuk/selsema sebab kuman dari Ayam/najis ayam kita mana tahu...

Uji Hussein said...

Setakat hari ni ok kot.Cuma rasa ge lam ye je. :)

Post a Comment