Assalamualaikum!Selamat Pagi semua!Apa plan hari ni?Bagi warga Johor Darul Ta'zim terutama di Pasir Gudang dan Masai, tentu ada yang merancang untuk ke Mydin Mall di Taman Rinting yang baru dibuka pada 26 Jun yang lalu.Almaklum sajalah, hampir puasa ni, macam-macam jenis barangan dengan harga sangat berpatutan ada dijual.
Kebetulan pada 26 Jun lalu, aku berpeluang berkunjung ke Mydin Mall tu.Memang sangat menarik kerana tersangatlah meriahnya.Bukan setakat warga Johor, ramai juga saudara-saudara dari Singapura.Cayalah!Kalau dulu, kami warga Johor mesti ke Woodlands semasa nak puasa atau Hari Raya, tapi sekarang, warga Singapura pulak yang ke sini.
Antara department yang menarik untuk dikunjungi adalah di bahagian sejadah dan telekung.Sehelai sejadah yang boleh tahan tebal dan cukup berkualiti boleh dibeli dengan harga cuma RM5 sehelai.Begitu juga dengan telekung dengan harga serendah RM40 untuk jenis Vietnam dengan bermacam warna.RM100 untuk 3 pasang pun ada tapi agak nipis dan tak sesuai untuk solat.Untuk telekung cotton jenis lama dengan renda biasa ada yang dijual dengan harga cuma RM17!Memang berbaloi!
Di bahagian kelengkapan rumah pun macam-macam ada.Barangan keperluan Hari Raya pun dah berlambak-lambak.Tinggal pilih je.Cuma untuk kuih Hari Raya, aku galakkan kita buat sendiri.Bukan apa, berdasarkan pengalaman, kuih-kuih murah di pasar-pasaraya, memang murah tapi rasanya tak berapa ummmph.Rupa memang cantik.Oh ya!Aku tengok bekas kuih, macam-macam jenis dengan harga serendah RM2.90.Cukup berbaloi.Bukan saja murah tapi sangat cantik.Macam-macam warna ada.Alahai nak share gambar tak sempatlah pulak.
Oh ya!Untuk pengetahuan semua, warga Johor bercuti panjang hujung minggu ni.Hari Khamis, 26 hb, cuti khas kerana JDT menang piala .... er... ummm bola sepak ..... alah lupalah pulak.Terima kasihlah pada Diaz yang menendang bola bagi gol. Hari Jumaat, memang cuti hujung minggu.Hari Sabtu, kami warga sekolah memang tak sekolah.Hari Ahad, cuti sempena awal Ramadan.Hari Isnin, bagi kebanyakan sekolah pun bercuti kerana cuti terkejut hari Khamis 26 hb tu, banyak sekolah ada program yang tak boleh dibatalkan ikut suka jadi ganti cuti hari Isnin.Itu yang shopping complex penuh semacam...
Berbalik kisah Mydin Mall Taman Rinting tadi, bagi sesiapa nak ke sana, jangan risau kerana dari jauh dah nampak.Tak payah guna Waze etc.Guna mata je. Hehehehe.Siapa yang tau Restoran Mee Rebus Haji Wahid, senanglah nak cari Mydin Mall.Pasal parking, jangan risau, sangatlah luas.Yang penting, minyak kereta mesti ada.Kalau tak, parking luas pun tak guna kalau kereta tak boleh gerak.Hahaha!
Selain Mydin Mall di Taman Rinting, awal-awal pagi macam sekarang ni, boleh juga ke pasar tani Pasir Gudang di Kompleks Pusat Bandar.Macam-macam ada.Nak beli organ dalaman lembu dan kambing pun ada.Hati, jantung, paru, pendek kata sebut je dan hulur RM. Tapi sesiapa ada kolesterol tinggi, jangan makan organ dalaman.Doktor marah sebab kolesterol naik.Macam aku ni.Kemudian, lepas shopping di pasar tani, boleh singgah First Lady beli baju raya.Macam-macam pilihan dan cantik-cantik pulak tu.
Plan aku hari ni, nak ke Tesco Seri Alam jelah sebelum ke Mydin Mall di Taman Rinting.Aku nak beli barang dapur, barang basah dsbnya untuk persediaan puasa.Konon tahun ni aku tak nak ke bazaar sebab nak jaga badan eh kesihatan di samping nak jaga kocek.Aku suka sangat ke Tesco Seri Alam sebab aku boleh shopping bunga hidup untuk tambah koleksi bunga di rumah.Ni pun projek aku nak sambut Hari Raya sejak 3 bulan yang lepas.Setakat hari ni, alhamdulillah.... dah ada 17 pasu dengan pelbagai jenis bunga dan warna.Barulah berseri rumah aku.
Oklah.... Aku minta diri dulu.Nak bersiap-siap pergi menyongket kejap lagi beli barang dapur sambil intai-intai bunga baru untuk koleksi @ projek taman bunga aku.Jom!Kita cuti-cuti Johor!Eh!Lupa pulak nak share pasal bazaar karat di Pasir Gudang.Kalau hari hari biasa, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai 9 malam, boleh dilawati di perkarangan stesen bas Kompleks Pusat Bandar tapi mulai esok hingga 29 Ramadan, tempatnya akan ditukar ke Stadium Perbadanan Pasir Gudang.Jemputlah singgah!
Projek taman tergantung.Recycle botol yang berlambak-lambak.
Projek awal bulan lepas.
Projek kulit telur belum siap lagi ni.
Recycle basikal lama anak buah aku.
Daripada Mail Upin Ipin jual 2 singgit, baik aku buat taman.
Abang Long Kawasan si Panji Semerang dan anak-anak pun tolong bagi support.
0 comments:
Post a Comment