Hari ni aku nak cerita pasal siput.Siput bukan sebarang siput.Aku nak cerita pasal siput sedut.Tak sangka setelah hampir setengah abad aku hidup, aku tak tau yang sebenarnya ada dua jenis siput sedut.Siput pertama digelar siput serai.Yang ni banyak dijual di pasar-pasar basah sekitar Johor.Kalau dulu semasa aku masih lagi memasak untuk keluarga, harga sekilo baru RM6.Tapi baru-baru ni, sekilo siput serai harganya mencecah RM11.Aduhai!Makan kuih siput je lah kalau dah mahal sangat!
Ni ha kuih siput.
(Gambar Google punya)
Siput sedut yang dipanggil siput serai ni saiznya tak berapa besar.Warnanya lebih kehitaman dan kulitnya lebih nipis berbanding siput sedut yang satu lagi.Kadang aku tengok pekerja di kedai-kedai makan, guna player je nak buang bahagian hujung siput.Sekali sepit je dah tertanggal cengkerang belah hujung tu sebab kulitnya tak berapa tebal.Tetapi,jenis yang satu lagi, yang dipanggil siput mata merah, saiznya lebih besar dengan warna agak kelabu.Cengkerangnya memang keras.Kalau nak sepit dengan player alamat sampai esok tak siap masak. Jadi, kenalah guna belakang parang untuk ketuk bahagian yang patut dibuang.
Siput serai ( yang kecik) dan siput mata merah dilihat dari atas
Yang ni pulak bahagian depan.Perhatikan saiznya.Yang kecik siput serai,
yang besar siput mata merah
Bagaimana cara nak masak siput sedut?Mudahnya.Sebelum dimasak, kenalah bersihkan dulu.Caranya,masukkan dalam besen dan isi.Sebelum tu, kalau ada pelepah pisang, boleh guna pelepah pisang untuk digaul-gaul dengan siput.Tujuannya adalah untuk lebih mudah membersihkan siput.Untuk kerang pun boleh.Tapi kalau tak de pelepah pisang, guna tangan je lah.Gaul-gaulkan siput dua tiga kali.Kemudian buang airnya.Buat lagi sampai siput bersih.Kalau takut kuku rosak, gunakan sarung tangan sebab biasanya kuku boleh calar.
Selepas siput bersih, toskan.Guna player untuk ketip dan buang 2 atau 3 lapisan cengkerang (dikira dari hujung).Tapi untuk siput serai je.Untuk siput mata merah yang lebih besar dan cengkerangnya lebih keras, gunakan belakang lesung batu dan ketuk dengan belakang parang.Buang 2 atau 3 lapisan cengkerangnya dikira dari hujung.Selepas siap, basuh lagi dengan cara yang sama untuk hilangkan sisa-sisa cengkerang yang pecah.Kemudian toskan.Kemudian, bolehlah dimasak ikut selera.
2 comments:
Sy suka btul siput sedut hehe.
Klu cara mak saye, dibersihkan dgn menggaulkan hampas kelapa. Pstu bilas. Ketuk guna parang
Kalau mak mertua pulak, ramas daun mangga kt siput tu diletak air.pastu bilas. Kepit guna playar ke apa tah hihi
kalau makan siput sedut ni, boleh tak sedar satu periuk nasi habis
Aishah
Post a Comment