Showing posts with label cinta monyet. Show all posts
Showing posts with label cinta monyet. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Awaklah bunga tu!

   Dah lama aku tak baca nota nakal budak-budak.Ala.... lebih kurang macam surat cinta atau nota nak memikat tu.Hari ini, aku jumpa nota ala-ala surat cinta anak murid aku pelajar lelaki tingkatan 5.Amboi!Romantik sungguh!Ingatkan betul-betullah budak lelaki tu sedang meluahkan rasa cintanya, tapi rupa-rupanya cuma untuk 'kenakan' kawan. Nakal sungguh!Tapi luculah juga.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

   Dear Awak.......(Nama dah kena conteng.Siapa entah)
            Tadi saya jalan kat taman.Saya nampak banyak bunga ada macam-macam jenis.Tapi bila saya lalu, saya cuma petik satu sahaja.Awak tahu kenapa? Sebab dalam banyak-banyak bunga tu, hanya satu saja saya pilih dari bunga lain iaitu awak.Awaklah dalam hati saya.Bunga yang lain banyak, tapi mungkin tidak semekar bunga yang satu ini.

     Romantik kanNi kalau anak dara yang terima, terus jatuh hati.Hahahaha!!!!( Macam ada gaya bahasa kumpulan Shiro je )

Sunday, February 5, 2012

Eeeiii!!Dia buat donooooooo je?????

    Zaman dulu, jangankan nak duduk sama-sama dalam majlis, nampak je tetamu datang, dengan segera aku dan adik-beradik aku  yang ada di ruang tamu atau di anjung depan, akan ke dapur atau ke bilik.Kami hanya akan menunjukkan muka jika dipanggil oleh emak atau ayah untuk bersalam dengan tetamu yang datang.

   Tetapi zaman sekarang ni,  bila tetamu datang ke rumah, budak-budak ( dan juga yang tak berapa budak, yang dah pandai bercinta monyet) buat donooooooo je.Lebih-lebih lagi kalau sedang menonton tv, menghadap komputer atau bermain game.Seolah-olah, takde rasa hormat langsung pada tetamu yang datang.Paling tidak pun, ibu ayah ajarlah anak-anak supaya tanya dengan sopan, tetamu tu nak berjumpa dengan siapa? Atau sekadar senyum dan minta mereka menunggu di ruang tamu sementara ibu bapa diberitahu.


   Inikah yang dinamakan generasi Y atau Z?Adat tidak lagi dikelek dan agama tidak lagi dijunjung.Jika benarlah, maka aku sebagai seorang generasi X, berasa sangat bimbang kerana lambat laun akan hilanglah jati diri orang Melayu yang penuh dengan adat sopan dan budaya.Itu belum lagi bab agama, contohnya sewaktu azan berkumandang, budak-budak ramai yang mengadap tv menonton kartun atau yang emak-emak budak mengadap tv menonton drama.Bukan tak boleh menonton tetapi tanggung jawab sebagai muslim harus dijalankan dahulu.

   Kadang-kadang, aku pun naik menyampah dengan anak-anak generasi Z, yang gediknya nauzubillah...Tengok jelah di rancangan-rancangan tv tu. Salahnya mungkin orang tua juga kerana takut nak tegur kerana bimbang anak-anak lari dari rumah.Jadi,kesimpulannya, biar semoden mana pun kehidupan dan pemikiran kita, biar generasi ke berapa kita tergolong, biarlah adat sentiasa dikelek dan agama sentiasa dijunjung.Insyaallah, selamat hidup kita dunia dan akhirat...



Kucing gedik?
Cantiknya!!!!

Perempuan gedik??