Showing posts sorted by relevance for query generasi y. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query generasi y. Sort by date Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Anda Generasi X,Y atau Z?

   Baby Boom?Oooo... ada rupanya generasi Baby Boom.Ingatkan generasi X,Y dan Z je yang wujud.Bagi yang tak berapa faham apakah yang dimaksudkan dengan generasi-generasi tersebut, berikut adalah definisi yang aku kutip daripada ruangan Sesama Kita di akhbar Kosmo hari ini, Ahad, 15 Januari 2012, di mukasurat 10, tulisan Lokman Othman.

1.Generasi Baby Boom
Lahir ketika zaman perang dunia kedua sehingga akhir lewat 50an.Diberikan nama Baby Boom kerana terdapat peningkatan kelahiran bayi di seluruh dunia selepas perang dunia kedua.
Blogger generasi Baby Boom yang aku kenal kalau tak silap Dato' Luahan Fikiran.
Berfikiran matang, bijak bila berkata-kata dan seorang pemerhati yang hebat.

2.Generasi X
Lahir pada tahun 1960an hingga awal 1970an.
Teman-teman blogger generasi X kalau tak silap aku adalah Kak Pah KPoh, Mama Tunz, Abang Gedek dan ramai lagi.

3.Generasi Y
Kumpulan yang kini berumur 16 hingga 35 tahun.
Adik-adik blogger seperti Lyssa,Afzalsukasuki, Belalang, Abang Terror, Ellen,Lydia Miza
(Kalau tak silaplah)

4.Generasi Z
Umur kurang 15 tahun
(Anak-anak murid aku di tingkatan 1 hingga 3, yang manja-manja tu)

   Menurut tulisan Encik Lokman Othman, era sekarang adalah generasi Y, kerana generasi Y sangat mahir dengan gajet-gajet moden dan internet.Kalau nak berhubung tu, di hujung jari je.Berbanding dengan generasi X, yang kononnya bernostalgik berkomunikasi secara surat-menyurat, menonton televisyan atau membaca suratkhabar untuk mendapatkan maklumat.

   Katanya lagi, generasi X percaya mengejar kemajuan adalah sangat penting asalkan seiring dengan nilai-nilai murni yang dijunjung.Namun menurut generasi Y, adalah sebaliknya.Oooo...patutlah anak-anak muda zaman sekarang dah tak hirau sangat pasal adab sopan.Termasuklah mahasiswa yang macam-macam kerenah sekarang ni.Gitu rupanya!Letih kami generasi X membebel, tapi generasi Y buat dekkk je.

   Menariknya kata Encik Lokman Othman lagi, generasi Y berfikiran terbuka dan penuh ciri-ciri kemajuan namun tak bemakna mereka tidak melakukan kesilapan.Maka di sinilah pentingnya generasi X untuk menasihati mereka.Encik Lokman Othman menamatkan tulisannya dengan persoalan; bagaimana dengan generasi Z?Adakah mereka lebih ganas dalam perlakuan dan pemikiran?

   Kesimpulannya, generasi X hendaklah sama-sama berfikiran terbuka seperti generasi Y agar mudah bagi mereka menegur dan membimbing generasi y sekiranya ada kesilapan.Jangan biarkan jurang perbezaan terlalu dalam antara generasi X dan generasi Y.Jika perlu, bina nilai kepercayaan generasi y kepada generasi X.Generasi X juga diharapkan lebih bersedia untuk bergerak seiring dengan generasi Y dalam konteks kemajuan dunia siber tetapi masih dalam batas-batas yang sepatutnya.Sebaliknya, generasi y haruslah bersikap lebih terbuka dan bersedia untuk dibimbing oleh generasi X agar mereka tidak melakukan sesuatu di luar norma.Hasilnya, diharapkan kedua-dua generasi X dan Y dapat membantu generasi Z agar tidak terlalu ganas dari segi pemikiran dan kelakuan di samping tetap terus mengekalkan nilai-nilai kemanusiaan.



Generasi Baby Boom
(Bila tengok wajah nenek ni, aku dapat rasa kasih sayang di jiwanya)




Generasi X yang bernostalgik tetapi tetap berilmu seiring generasi Y.
( Wajah Kak Pah yang juga keibuan, penuh kasih sayang )



Contoh generasi Y yang diharapkan ...
sangat bijak dan berilmu namun masih mementingkan nilai-nilai murni
( Pinjam gambar Afzalsukasuki)




Generasi Z?
( Mak aih!Ganasnya!)





Teman seperjuangan aku Cikgu Shida ni generasi mana ye?
Y atau Z?
Ganas tu!

Tuesday, October 29, 2013

Generasi Y, SPM dan Running Man.

   Order buku ramalan dari Pusat Tusyen gayapos Adabi untuk semua subjek.... BM,BI,Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Bio, Add math, Math, Sejarah.Harga tak jadi hal.Yang penting cukup bekalan untuk berperang di meja SPM. Tapi, kalau dah tinggal seminggu nak SPM masih lagi sibuk berdating dengan Jong Kook, macam mana?Alahai..... generasi Y!Tak bersentuhlah buku bertimbun yang aku beli!Gugur rambut aku bila fikir!



Bilalah nak habis jawab soalan-soalan ni?
Takkan nak tanya Running Man, kot?

Sunday, February 5, 2012

Eeeiii!!Dia buat donooooooo je?????

    Zaman dulu, jangankan nak duduk sama-sama dalam majlis, nampak je tetamu datang, dengan segera aku dan adik-beradik aku  yang ada di ruang tamu atau di anjung depan, akan ke dapur atau ke bilik.Kami hanya akan menunjukkan muka jika dipanggil oleh emak atau ayah untuk bersalam dengan tetamu yang datang.

   Tetapi zaman sekarang ni,  bila tetamu datang ke rumah, budak-budak ( dan juga yang tak berapa budak, yang dah pandai bercinta monyet) buat donooooooo je.Lebih-lebih lagi kalau sedang menonton tv, menghadap komputer atau bermain game.Seolah-olah, takde rasa hormat langsung pada tetamu yang datang.Paling tidak pun, ibu ayah ajarlah anak-anak supaya tanya dengan sopan, tetamu tu nak berjumpa dengan siapa? Atau sekadar senyum dan minta mereka menunggu di ruang tamu sementara ibu bapa diberitahu.


   Inikah yang dinamakan generasi Y atau Z?Adat tidak lagi dikelek dan agama tidak lagi dijunjung.Jika benarlah, maka aku sebagai seorang generasi X, berasa sangat bimbang kerana lambat laun akan hilanglah jati diri orang Melayu yang penuh dengan adat sopan dan budaya.Itu belum lagi bab agama, contohnya sewaktu azan berkumandang, budak-budak ramai yang mengadap tv menonton kartun atau yang emak-emak budak mengadap tv menonton drama.Bukan tak boleh menonton tetapi tanggung jawab sebagai muslim harus dijalankan dahulu.

   Kadang-kadang, aku pun naik menyampah dengan anak-anak generasi Z, yang gediknya nauzubillah...Tengok jelah di rancangan-rancangan tv tu. Salahnya mungkin orang tua juga kerana takut nak tegur kerana bimbang anak-anak lari dari rumah.Jadi,kesimpulannya, biar semoden mana pun kehidupan dan pemikiran kita, biar generasi ke berapa kita tergolong, biarlah adat sentiasa dikelek dan agama sentiasa dijunjung.Insyaallah, selamat hidup kita dunia dan akhirat...



Kucing gedik?
Cantiknya!!!!

Perempuan gedik??


Thursday, February 23, 2012

Anak dara nak kerat **** Apek!

   Bila aku sebut Apek, aku rasa semua orang boleh agak Apek mana yang aku maksudkan.Ala...yang glamour tu!Hah!Oooo!Apex ye?Bukan Apek!Tak kisahlah asalkan semua faham yang mana satu orangnya.Aku nak cerita sikit pasal Apek ni.

   Tengah hari tadi, aku terdengar, anak murid aku berbual pasal Harimau yang tak garang-garang semasa melawan si mata sepet malam tadi.Mula-mula aku ingat, budak tu marahkan cikgu disiplin atau pun PK HEM sekolah aku.Biasalah... budak-budak generasi y atau z, mana nak terima nasihat orang!

   Tapi bila aku dengar lagi, rupa-rupanya anak dara tu marah sebab Apek lepaskan 4 gol semasa melawan Jepun malam tadi.Anak dara tu siap kata: Geram betul aku dengan Apek!Harap muka je handsome tapi main macam kayu!Aku rasa nak kerat ***** dia!Oleh kerana ayat yang keluar agak kurang senonoh, aku pun tegurlah anak dara tu elok-elok.Dia jawab:Menyampahlah teacher!Cari awek bukan main pandai.Kejap tukar, kejap tukar.Jaga gol macam orang takde **** je.Baik saya kerat **** dia!Mak aih!Itu jawapan dia!Tapi sempat juga kawan anak dara tu jawab:Ala... mestilah dia nak menangkan kerabat dia!

-
-
-
-
-
-
-




Memang ada iras orang Jepun.
Pinjam gambar Google

Saturday, February 18, 2012

Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang ke 17:4 Fakta menarik

   Mulai 15 Februari lalu, bermulalah Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang ke 17.Seperti biasa, aku terlibat memantau anak-anak band kesayangan aku untuk buat persembahan.Giliran kami tahun ini ialah pada hari Jumaat, 17 Februari 2012.Seperti biasa, bila bertugas menjaga band, walaupun performance jam 11, jam 8 pagi lagi kami dah bersedia.

   Tapi untuk post kali ini, aku ingin berkongsi beberapa pengalaman menarik = fakta yang aku lihat dan alami.Pertama, aku perhatikan, walaupun pengunjung dan peserta datang dari serata negara dan seluruh dunia, kami sangat mesra, seolah-olah telah lama berkenalan.Inilah yang aku suka semasa pesta ni.Orang Pasir Gudang, speaking London berabuk bukan main!Dari pangkat tinggi hinggalah anggota RELA.Tahniah!

   Kedua, aku seronok kerana dapat Utusan Malaysia percuma.Tak payahlah nak tunggu apek baik hati lalu depan rumah jual suratkhabar.Ketiga, aku perhatikan, walau pun sibuk dengan pesta, pengunjung dan peserta tak lupa pada Allah.Surau sementara sentiasa penuh semasa waktu lepas azan.Aku di festival tu sehari suntuk jadi dari zohor hinggalah isyak aku perhatikan, orang ramai berpusu-pusu menunaikan solat, sama ada orang tua atau pun anak kecil seusia 4,5 tahun.Di surau lelaki pula aku dengar, mereka solat berjemaah tanpa mengira dari mana mereka datang.Dalam surau perempuan, ada flyer mengingatkan tentang aurat.bagus tapi janganlah label mereka yang bertudung tetapi tak sempurna itu sebagai kera!Tak baik!

   Keempat, cuaca tahun ini sangat tidak menentu jadi, sangat kurang layang-layang gergasi yang dapat diterbangkan.Lolly pop drop pun rasanya takde.Semasa sultan mencemar duli untuk perasmian pun hujan turun.Memanglah terkilan, tetapi ada hikmahnya.Bak kata seorang anak muridku, kurang sikit maksiat sebab takde 'couple' sanggup berhujan!Keempat, 17 Februari, mulai 4 petang, hujan turun dengan lebat beserta ribut petir.Peserta antarabangsa sangat sporting memberi ruang kepada pengunjung-pengunjung untuk berlindung di khemah mereka.Aku pun cuma berlindung di pondok / wakaf yang ada.Bercakap tentang ribut, aku pelik bin hairan tengok anak-anak generasi y, sikit pun tak takut berjalan bagai itik pulang petang sambil gelak-gelak di telefon.Mati kena sambar petir baru tau!

   Oklah.Dek kerana aku asyik bersin je sebab semalam kena hujan,aku berhenti dulu di sini.
Tengok gambar dulu ye.Nanti aku sambung lagi fakta menarik lain termasuk pengalaman aku makan Seman!


Boleh kongsi gambar tahun lepas je.
Tahun ni layang-layang gergasi tak naik.




Sekali pandang, wau ni seolah-olah di langit,
tapi sebenarnya wau perhiasan di kawasan pejalan kaki.


Yang ni pun gambar tahun lepas!


PESERTA Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-17 menyelamatkan diri selepas khemah dan barangan diterbangkan ribut di Pasir Gudang, semalam.

Berita lanjut tentang ribut semalam, 
boleh baca di SINI



Tuesday, February 7, 2012

Makin lama, makin best.

   Kalau budak-budak generasi Y baca apa yang akan aku tuliskan nanti, mesti mereka akan kata aku ketinggalan zaman.Maklumlah anak-anak dara zaman sekarang mana suka guna benda ni.Mak-mak dara macam aku je yang rasanya tak boleh hidup tanpa 'dia'.Berbalik pada tajuk yang aku tulis tu, melalui pengalaman aku, benda ni makin lama makin best.Kalau baru-baru tu, keras kejung semacam je.Tapi bila dah lama, makin lembut di kulit! Cewahhh!!!!Biarlah orang lain nak guna apa, bagi aku 'dia' adalah pilihan utama aku di rumah.Malangnya, buat masa ni, bekalan untuk kegunaan harian aku dah makin berkurangan.Bukan tak boleh aku beli yang baru di Johor tapi aku tak suka!Tak best!Keras!Biasanya aku ambil bekalan di Terengganu.Bukan saja lembut tapi cantik sangat!Oklah.Aku perkenalkan apa yang aku maksudkan makin lama makin best tu.Lama-lama nanti orang ingat aku buat entry 18SX pulak.

Perkenalkan...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Cinta hati aku
-
-
-
-
-
-

kain batik Terengganu
MAKIN LAMA MAKIN BEST!
( Gambar credit to Puan Rabihah

Sunday, February 12, 2012

Siapa Whitney Houston sebenarnya?

   Aku tak salahkan beberapa orang anak murid aku yang tak kenal siapa itu Whitney Houston.Sikit pun aku tak marah kerana mereka generasi Y tapi aku akan marah kalau mereka tak kenal siapa Tun Dr.Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri kita.Jadi, untk menjawa soalan mereka di FB, aku kongsikan sedikit latar belakang Whitney Houston, si jelita bersuara emas.

  
Birth nameWhitney Elizabeth Houston
BornAugust 9, 1963
Newark, New Jersey, U.S.
DiedFebruary 11, 2012 (aged 48)
Beverly Hills, California, U.S.
GenresPopsoulR&Bdancegospel
OccupationsSinger, actress, model, film producer,[1] record producer,[2] songwriter
InstrumentsVocals, piano
Years active1977–2012
LabelsAristaRCA
Associated actsCissy HoustonDionne WarwickAretha Franklin,Jermaine JacksonMariah CareyEnrique IglesiasBobby Brown

Whitney Elizabeth Houston (August 9, 1963 – February 11, 2012) was an American singer, actress, producer, and model. In 2009, the Guinness World Records cited her as the most-awarded female act of all time.[3] Her list of awards includes two Emmy Awards, six Grammy Awards, 30 Billboard Music Awards, 22 American Music Awards, among a total of 415 career awards as of 2010. Houston was also one of the world's best-selling music artists, having sold over 170 million albums, singles and videos worldwide.[4][5] Inspired by prominent soul singers in her family, including her mother Cissy Houston, cousins Dionne Warwick and Dee Dee Warwick, and her godmother Aretha Franklin, Houston began singing with New Jersey church's junior gospel choir at age 11.[6] After she began performing alongside her mother in night clubs in the New York City area, she was discovered by Arista Records label head Clive Davis. Houston released seven studio albums and three movie soundtrack albums, all of which have diamond, multi-platinum, platinum or gold certification.
Houston was the only artist to chart seven consecutive No. 1 Billboard Hot 100 hits ("Saving All My Love for You", "How Will I Know", "Greatest Love of All", "I Wanna Dance with Somebody (Who Loves Me)", "Didn't We Almost Have It All", "So Emotional" and "Where Do Broken Hearts Go"). She was the second artist behind Elton John and the only female artist to have two number-one Billboard 200 Album awards (formerly "Top Pop Album") on the Billboard magazine year-end charts. Houston's 1985 debut album Whitney Houston, became the best-selling debut album by a female act at the time of its release. The album was named Rolling Stone's best album of 1986, and was ranked at number 254 on Rolling Stone's list of the 500 Greatest Albums of All Time.[7] Her second studio album Whitney (1987), became the first album by a female artist to debut at number one on the Billboard 200 albums chart.[7] Houston's crossover appeal on the popular music charts as well as her prominence on MTV, starting with her video for "How Will I Know",[8] influenced several African-American female artists to follow in her footsteps.[9][10]
Houston's first acting role was as the star of the feature film The Bodyguard (1992). The film'soriginal soundtrack won the 1994 Grammy Award for Album of the Year. Its lead single "I Will Always Love You", became the best-selling single by a female artist in music history. With the album, Houston became the first act (solo or group, male or female) to sell more than a million copies of an album within a single week period.[7] The album makes her the only female act in the top 10 list of the best-selling albums of all time, at number four. Houston continued to star in movies and contribute to their soundtracks, including the films Waiting to Exhale (1995) and The Preacher's Wife (1996). The Preacher's Wife soundtrack became the best-selling gospel album in history.[11] Three years after the release of her fourth studio album My Love Is Your Love(1998), she renewed her recording contract with Arista Records.[11] She released her fifth studio album Just Whitney in 2002, and the Christmas-themed One Wish: The Holiday Album in 2003. In 2009, Houston released her seventh studio album I Look to You.
On February 11, 2012, Houston died of unknown causes at the Beverly Hilton Hotel in Beverly Hills, California.[12]

Death

On February 11, 2012, Houston was found dead at the Beverly Hilton Hotel, in Beverly Hills, California, of causes not immediately known.[214]Beverly Hills paramedics found the singer unresponsive and performed CPR for about 20 minutes before declaring her dead at 3:55 p.m.PST[214] TMZ reported, "Sources tell us ... when EMTs arrived Whitney's body was already removed from the bathtub so it will take an autopsy to determine if she OD'd [sic], drowned or died from some other cause."[215] Local police said there were "no obvious signs of criminal intent"





Gambar dari Google